Terhapuskah Dosa Mengumpat Dengan Hanya Bertaubat? Ini Penjelasan Buat Kuat Membawang
Soal : Saya ada membuat salah iaitu menyebut keburukkan seseorang di belakangnya.
Saya sudah menyesal dan tidak mahu mengulanginya lagi. Adakah di akhirat nanti saya sudah terlepas dari kesalahan saya itu?
Jawab : Menyebut keburukkan orang lain atau mengumpat atau mengejinya di belakangnya adalah satu perbuatan zalim dan dosa yang besar.
Tidak sah bertaubat kalau hanya dengan menyesal dan berazam tidak mengulanginya. Wajib berjumpa dengan orang yang tuan telah menyebut keburukkannya itu dan meminta maaf darinya dengan ikhlas.
Jika dia maafkan maka di akhirat tidak lagi dibicarakan perkara tersebut dan jika dia tidak maafkan maka perkara tersebut akan dibicarakan di mahkamah akhirat nanti.