Doa Akhir Tahun & Doa Awal Muharram | Digital Mukmin akan kongsikan doa akhir tahun serta awal tahun sebagai panduan untuk anda semua
Sedar tak sedar, awal Muharram bakal menjelma tidak lama lagi. Untuk pengetahuan semua, Muharram merupakan bulan pertama di dalam Kalendar Islam. Pada tahun 2019, tarikh Maal Hijrah jatuh pada 1 September 2019, ahad dan ia merupakan hari cuti umum. Oleh itu, bersempena dengan Tahun Baru Islam 1441 Hijrah yang bakal menjelma ini, admin akan kongsikan Doa Akhir Tahun dan juga Doa Awal Tahun Hijrah sebagai panduan kepada semua umat Islam. Tema sambutan Maal Hijrah akan dikemaskini kemudian.
Doa semasa awal dan akhir tahun adalah satu perbuatan yang perlu dilakukan oleh semua umat Islam tanpa mengira usia, namun begitu doa ini bukanlah perkara wajib yang perlu dilakukan. Anda boleh berdoa agar dosa kita pada tahun lalu diampunkan Allah serta segala amalan baik kita diterima Allah dan semoga pada tahun baru kita dapat menahan nafsu, melawan syaitan dan dapat melakukan ibadat sebanyak mungkin.
AWAL MUHARRAM
Amalan yang biasa dilakukan sewaktu menyanbut ketibaan bulan Muharram adalah membaca doa akhir dan awal tahun. Selain itu, disunatkan berpuasa. Daripada Abu Hurairah dalam Hadith marfu’ telah berkata: Nabi ditanya: Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan puasa apakah yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan? Maka jawab Nabi: Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan-bulan Allah (bulan-bulan haram). Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, Al-Tirmizi, Al-Nasai’e , Abu Daud, dan Ibn Majah.
Di samping itu, umat Islam juga disunatkan untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Hal ini demikian kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘Asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Manakala pada 9 Muharram juga disunatkan berpuasa sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.
BACAAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN BESERTA MAKSUD
Berikut dikongsikan bacaan doa sempena kedatangan tahun baru Islam 1441 Hijrah.
1. Bacaan Doa Akhir Tahun dibaca sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (petang Sabtu, 31 Ogos 2019)
2. Doa Awal Tahun pula dibaca sebnayak tiga kali selepas maghrib pada malam satu Muharram (Waktu Maghrib Sabtu, 1 September 2019)
BACAAN DOA AKHIR TAHUN
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
DOA AWAL TAHUN
Sesiapa yang membaca doa awal tahun ini, Syaitan berkata :-“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”
Video Bacaan Doa Akhir Tahun & Awal Tahun
Selamat Tahun Baru Hijrah dan Salam Maal Hijrah 1441H. Semoga dengan perkongsian Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah memberi manfaat buat semua