Doa Untuk Membuka Hati Orang Untuk Cepat Bayar Hutang

Pening asyik fikirkan cara bagaimana hendak meminta duit yang telah dihutang? Sudah mencuba pelbagai cara namun semuanya tidak berhasil. Jangan risau! Mungkin ini cara terakhir yang anda boleh lakukan. Digitalmukmin.com akan kongsikan kepada anda doa untuk membuka hati orang supaya cepat membayar hutang anda!Semoga berjaya, insyaAllah.

Al-Quran sendiri mengisyaratkan berat perihal hutang dengan ayat paling panjang, iaitu surah al-Baqarah ayat 282. Sementara itu, Al-Quran juga menyatakan hutang perlu dilunaskan walaupun penghutang sudah meninggal dunia dengan hartanya sendiri sebelum dibahagikan sebagai pusaka kepada waris.

Allah SWT berfirman: Dan bagimu (suami) satu perdua daripada harta ditinggalkan isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat harta ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) selepas dibayar hutangnya.

 (Al-Nisa’: 12)

Jelas, pembayaran hutang bukan perkara boleh dibuat main-main. Lebih jelas, al-Quran menganjurkan diwujudkan perjanjian sekiranya berhutang. Walaupun perkara ini mungkin tampak janggal jika ingin diterapkan, terutama sesama kenalan, ia rujukan tuntas jika berlaku masalah pada masa hadapan. Allah SWT berfirman:

“Wahai orang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh hingga suatu masa tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.”

(Al-Baqarah: 282)

Apa dapat disimpulkan di sini, ambillah berat mengenai hutang kerana ia berkaitan sekali dengan kehidupan dunia dan akhirat. Jika di dunia sudah tentu kebobrokan berhutang akan menyebabkan krisis kepercayaan antara satu sama lain, bermusuhan, berdendam dan menyebabkan maruah tercalar. Kehidupan selepas kematian menjanjikan seksaan pedih kerana melakukan penganiayaan kepada manusia lain.

Doa Untuk Membuka Hati Orang Untuk Cepat Bayar Hutang

  • Pertama sekali, anda perlulah melakukan solat sunat tahajud.
  • Selepas bacaan surah al Fatihah pada rakaat pertama dan kedua, bacalah surah – surah dibawah :
    • Surah Al-Insyirah 3X
    • Surah An-Nas 4X
    •  Surah Al-Ikhlas 7X

  • Setelah selesai menunaikan solat, bolehlah anda teruskan berzikir sebanyak yang anda mampu sambil berniat di dalam hati supaya dibukakan dan dilembutkan hati si anu untuk membayar hutang kita. Insyaallah jika diizinkan Allah cepatlah kita dapat menerimanya.
  • Zikir nya :
    Allah Humma Inni, A’u zubikamin, Gholabatid daini, Wasyamatatil, Aqda’a

Jom Bantu Share Artikel Ini
×