Pengeluaran Simpanan KWSP melalui akaun 1 dan akaun 2 dibenarkan dan boleh dilakukan oleh pencarum berkelayakan yang memerlukan. Pelbagai inisiatif kemudahan telah disediakan oleh KWSP untuk membantu ahli pada tahun ini.
PENGELUARAN SIMPANAN KWSP
Ada yang terlepas pandang bahawa mereka sebenarnya boleh mengeluarkan simpanan KWSP sebelum bersara. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan kemudahan di mana ahli boleh mengeluarkan wang mereka selagi memenuhi syarat yang ditetapkan.
Pencarum/ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan dalam akaun 1 dan akaun 2 untuk tujuan peribadi tertentu. Pengeluaran separa dan penuh boleh dilakukan pada tahun ini melalui pengeluaran.
KELAYAKAN ASAS PENGELUARAN KWSP
Terdapat beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan untuk membuat pengeluaran KWSP seperti berikut:
- Ahli KWSP (Penyumbang)
- Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap
- Memenuhi syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Permintaan pengeluaran tidak melebihi jumlah pengeluaran maksimum
- Pembayaran dengan mengkreditkan terus ke dalam akaun semasa/simpanan bank
- ahli atau rakan kongsi strategik KWSP
JENIS-JENIS PENGELUARAN SIMPANAN KWSP YANG DIBENARKAN
KWSP telah menetapkan jenis pengeluaran yang boleh dibuat untuk tujuan peribadi seperti di bawah.
PENGELUARAN PRA-PERSARAAN
Perumahan (Beli rumah, bina rumah, ansuran bulanan pinjaman perumahan dan selesaikan baki pinjaman perumahan)
- Pendidikan
- Kesihatan
- 50 tahun
- Simpanan melebihi jumlah 1 juta
PENGELUARAN PERSARAAN
- Umur 55 tahun
60 tahun - Dividen tahunan
BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR PERMOHONAN PENGELUARAN
Untuk makluman, permohonan pengeluaran KWSP boleh dibuat secara dalam talian pada bila-bila masa sepanjang tahun. Cara mendaftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi pengeluaran KWSP – DI SINI
Enam (6) langkah mudah untuk mengeluarkan melalui i-akaun seperti berikut:
Log masuk – Daftar/ Log masuk i-akaun
- E-pengesahan identiti
- E-permohonan
- E-pemprosesan dan kelulusan
- E-pembayaran
- E-komunikasi
Nota: Ahli akan menerima pemberitahuan melalui SMS dan peti masuk i-akaun untuk pengenalan dokumen dan penghantaran jika perlu serta pemberitahuan SMS status pembayaran.