Berita baik untuk rakyat Malaysia khususnya yang berumur 21 tahun ke atas di mana setiap individu yang layak akan menerima bantuan e-tunai berjumlah RM100 setiap seorang.
Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan kredit e-tunai kepada semua rakyat Malaysia daripada kumpulan B40 dan M40.
Baca Juga :
Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian di bawah.
KREDIT E-TUNAI RM100
Bantuan kredit e-tunai ini diberikan kepada golongan dewasa setelah melihat kejayaan dan impak positif program e-tunai sebelum ini kepada masyarakat.
Katanya, bantuan ini akan memanfaatkan lebih 10 juta penerima termasuk daripada kumpulan B40 dan M40.
KADAR BAYARAN
Bagi setiap kelayakan penerima, individu tersebut akan menerima bayaran sebanyak:
RM100 TARIKH PEMBAYARAN
Mengenai tarikh pembayaran bantuan e-tunai ini, kerajaan memaklumkan ia akan dilaksanakan pada suku ke-4 2023. Ini bermakna, pembayaran akan bermula pada Oktober.
Bagaimanapun, belum ada tarikh rasmi lagi. Kami akan memaklumkan anda jika terdapat pemberitahuan rasmi mengenainya.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
CARA MEMOHON
Buat masa ini, belum ada sebarang makluman rasmi berhubung sebarang permohonan bantuan kredit e-tunai ini. Kami akan memaklumkan anda jika terdapat maklumat rasmi mengenainya.
Klik Sini : Semakan & Permohonan eTunai RM100
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan, boleh rujuk di sini: Madani