E-Cash: Senarai penerima bantuan E-Dompet bernilai RM100 secara sekali sahaja adalah golongan dewasa dari kategori B40 & M40. Untuk makluman, inisiatif bantuan kredit edompet ini akan dilancarkan tidak lama lagi untuk semua rakyat Malaysia yang terlibat.
E-CASH : SENARAI PENERIMA BANTUAN
Seperti sedia maklum, kerajaan perpaduan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif dalam bentuk bantuan untuk memberi manfaat kepada rakyat. Salah satu bantuan yang akan dilaksanakan bulan depan ialah kredit e-dompet bagi kategori dewasa.
Mereka yang berumur 21 tahun ke atas layak mendapat kredit percuma ini secara sekali sahaja. Apa yang menarik, terdapat lebih ramai individu yang boleh menebus bantuan ini kerana kelayakan pendapatan di bawah RM100,000 setahun.
Tujuan utama pengenalan inisiatif khas ini adalah sama seperti bantuan ebelia rahmah yang dilaksanakan Ogos lalu. Insentif khas dalam bentuk kredit ewallet ini adalah untuk meringankan beban dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai melalui aplikasi edompet.
KELAYAKAN PENERIMA & TARIKH PENEBUSAN BANTUAN E-TUNAI
Beberapa kriteria kelayakan asas telah ditetapkan untuk mendapatkan bantuan khas ini seperti berikut:
Warganegara Malaysia sahaja
- Individu berumur 21 tahun ke atas (Tahun 2023)
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
- Kumpulan B40 dan M40
- Mengenai tarikh bantuan itu akan diberikan, kerajaan telah mengumumkan bahawa inisiatif ini akan dilancarkan pada Disember. Mereka yang layak boleh menuntut kredit RM100 ini secara percuma (one-off) pada bulan berikutnya.
BAGAIMANA NAK TEBUS BANTUAN KREDIT E-CASH
Sama seperti eBeliaRahmah 2023, cara menebus dan menggunakan kredit ecash ini akan dilakukan melalui aplikasi edompet yang terlibat. Berdasarkan yang sebelumnya, ia boleh ditebus melalui Touch N Go ewallet, boost dan set.
Segala maklumat terkini tentang bantuan khas ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat umum. Apa yang pasti kredit ini akan dilaksanakan pada bulan Disember.
MAKLUMAT LANJUT
Selain e-tunai, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan. Sila lihat senarai geran yang tersedia tahun ini dan layak memohon – SEMAK DI SINI untuk maklumat lengkap.