Sistem eGUMIS adalah satu sistam untuk mempercepatkan aktiviti transaksi & semakan wang tak dituntut (WTD) secara atas talian/ online.
Kini, anda hanya perlu masuk kedalam sistem EGUMIS melalui portal rasmi secara online tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat kerajaan.
Hanya dengan menggunakan nombor kad pengenalan anda atau nombor pendaftaran syarikat sahaja untuk lakukan semakan. Mudah bukan?
Kami di Team DigitalMukmin akan kongsikan informasi tentang bagaimana prosedur yang perlu anda ikuti untuk lakukan proses tuntutan ini.
APA ITU eGUMIS
eGumis merupakan satu sistem semakan bagi urusan Wang Tak Dituntut.
Apakah yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut? Wang tidak dituntut atau lebih dikenali sebagai WTD ini adalah wang kepunyaan individu yang tidak dibayar dalam tempoh setahun.
Contoh WTD :
- Gaji/ upah/ komisen/ egaji
- Dividen
- Tuntutan insuran yang telah diluluskan
- Simpanan tetap
- Deposit/ cagaran
- Keuntungan yang telah diisytiharkan
- Wang dalam akaun yang tak aktif selama 7 tahun
CARA LOGIN SISTEM eGUMIS
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telahpun melancarkan portal rasmi eGUMIS login untuk permudahkan orang ramai membuat semakan WTD secara online.
Berikut adalah cara untuk semak eGumis register:
- Layari pautan berikut : https://egumis.anm.gov.my/
- Sila daftar secara online. Masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan & email terkini anda.
- Log Masuk portal menggunakan kata laluan yang telah diemail.
- Tukar semula kata laluan anda.
- Tekan pada “Klik Sini Untuk Carian Wang Tak Dituntut” untuk semakan & masukkan kad pengenalan anda.
- Untuk makluman, sistem ini hanya boleh buat semakan sebanyak 2 kali sehari sahaja.
Untuk membuat semakan secara manual, sila baca di sini. Anda juga perlu download borang wang tak dituntut sekiranya anda ingin membuat semakan secara manual.
CARA MOHON TUNTUTAN WTD SECARA ONLINE
Untuk membuat tuntutan secara dalam talian/ online, sila ikuti langkah berikut :
- Klik pada “Teruskan Dengan Permohonan”
- Tekan “Tambah Penerima” & masukkan maklumat peribadi. Tekan Simpan.
- Upload/ Muat Naik dokumen sokongan pada bahagian “MANDATORI”.
- Tick pada kotak & setuju dengan terma syarat. Pilih Ya.
- Proses pembayaran akan dilaksanakan apabila dokumen anda telah DISAHKAN.
Tempoh pembayaran akan ambil masa selama sebulan & duit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.
CONTOH WTD YANG TELAH BERJAYA
Ramai yang telah menggunakan sistem egumis ini. Ada yang berjaya dapat RM13,000, ada juga yang hanya dapat RM20, RM50.
SOALAN LAZIM eGUMIS
Siapakah yang layak dapat WTD (Wang Tak Dituntut)?
Bayaran WTD perlu dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau layak.
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan EGUMIS online?
Anda hanya perlu daftar dalam Portal Rasmi. Sila ikuti langkah terperinci dalam website ini.
Apakah dokumen yang perlu dimuat naik?
Dokumen sokongan perlu dimuatnaik dalam portal Egumis untuk pengesahan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai egumis unclaimed money ini, sila hubungi :
03- 2056 8052
03- 2056 8053
Atau boleh terus pergi ke pejabat :
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur