eOperasi atau e-operasi adalah salah satu Modul Pengurusan Guru yang telah diwujudkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan diselia di bawah sistem SAPS Ibu Bapa dan guru sekolah.
Setiap guru wajib melakukan pengesahan data guru melalui portal rasmi e-Operasi 2019.
Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu:
Pentadbir Sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah)
Pengguna (guru dan bukan guru)
TUTORIAL LOGIN E-OPERASI
MODUL GURU
Semua bahagian Sektor Operasi Pendidikan iaitu Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Bahagian Sukan, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian serta Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan haruslah memastikan maklumat guru adalah sahih, tepat dan terkini.
Sasaran utama pengguna modul ini ialah pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru).
Perincian eOperasi Login adalah seperti berikut:
Pengguna – Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini.
Pentadbir Sistem – Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.
MODUL PENGGUNA
Jika anda masih belum memahami mengenai sistem e-Operasi ini, disini dikongsikan modul pengguna sistem e-Operasi :
Portal Rasmi e-Operasi memaparkan maklumat – maklumat penting mengenai e-Operasi seperti Pengumuman, Log Masuk, Bantuan, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini pada ruangan pengumuman dan Log Masuk ke e-Operasi dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan No. KP yang telah didaftarkan.
Namun begitu, bagi pengguna kali pertama, anda perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna baru terlebih dahulu.
Anda dikehendaki klik “Pendaftaran Pengguna” atau layari https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm
Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan tepat dan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem.
Pastikan segala butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. Kad Pengenalan, No. Gaji, dan Emel.
Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana bahagian ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.
Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran.
Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.
Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no kad pengenalan, juga disediakan senarai menu di sebelah kiri.
Bagi kemudahan pengguna, Pautan Muat Turun Manual Pengguna turut disediakan.
Sekiranya terdapat maklumat tidak tepat, pengguna perlu memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk dikemaskini.
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi Pentadbir Sistem melalui emel [email protected]. DigitalMukmin berharap agar artikel ini berguna kepada semua pembaca. Semoga kita lebih faham dan mudah untuk login eOperasi ini di kemudian hari.
Below doses of 10 mg, there is essentially no increase in adverse effects. In 2 clinical trials of LEXIVA plus low-dose ritonavir, rash occurred in 8 of 50 subjects (16%) with a history of sulfonamide allergy compared with 50 of 412 subjects (12%) with no history of sulfonamide allergy. To determine whether subjects were HC Aβ+ or HC Aβ−, Logan graphical analysis distribution volume ratios ( 29) were calculated (35–90 min; reference region was cerebellar gray matter) https://aptekabezrecepty.com/cialis-original/. Higher severity of attacks was associated with a greater percentage of attacks requiring rescue medications (mild 59%, moderate 79%, and severe 92%).