• Home
  • Panduan
  • Informasi
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Petua
  • SAPS
Monday, January 18, 2021
Digital Mukmin
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Digital Mukmin
No Result
View All Result
Home Panduan

eRUMAH Johor – Borang Online 2019

by digitalmukmin
July 29, 2019
in Panduan
4 min read
0
2.8k
SHARES
8.1k
VIEWS
Share on Facebook

eRUMAH Johor cara isi borang online disini. Bagi mereka yang berminat mendapatkan permohonan eRumah johor, boleh ikuti tutorial oleh Digital Mukmin di bawah.

Anda pernah dengar mengenai RMMJ? Apa yang dimaksudkan dengan RMMJ? RMMJ adalah singkatan bagi Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ). Buat rakyat negeri Johor yang layak dan ingin memilik rumah mampu milik, anda boleh membuat permohonan secara atas talian (online). Dibawah ini akan dikongsikan mengenai permohonan RMMJ seperti borang permohonan secara atas talian, syarat membuat permohonan dan juga cara untuk mendaftar.

LANGKAH MEMOHON RUMAH MAMPU MILIK NEGERI JOHOR (RMMJ)

Dengan pembinaan rumah mampu milik ini, ia dapat membantu individu yang sukar untuk membeli rumah sendiri terutamanya dibandar Bandar utama. Ha ini demikian kerana, kos sara hidup dan keadaan ekonomi yang tidak menentu amat menyukarkan rakyat untuk memiliki rumah sendiri. Selain RMMJ, rakyat Johor juga boleh mendaftar Rumah  Impian Sultan Ibrahim (Rumah Impian Bangsa Johor) .

PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

Dibawah ini adalah langkah – langkah untuk membuat permohonan RMMJ bagi kategori individu secara atas talian (online). Terlebih dahulu, anda perlu mengakses laman web Portal Rasmi http://erumah.johor.gov.my

Langkah 1

Individu atau pemohon hendaklah mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun. Pendaftaran hendaklah dibuat di DAFTAR AKAUN SEKARANG

Langkah 2

Logmasuk ke Akaun SUKJ. Sila kemaskini akaun dan pastikan anda memberi maklumat diri yang betul dan tepat.

Langkah 3

Pilih Mukim dan kategori rumah dan hantar permohonan

Langkah 4

Hanya pemohon yang layak sahaja akan diberi pemberitahuan serta membawa dokumen bagi tujuan penawaran rumah mengikut pembangunan projek.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan RMMJ. Sila baca sebelum membuat permohonan.

  1. Warganegara Malaysia yang telah menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM8,000
  2. Berkahwin / bujang layak memohon
  3. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami /isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
  4. Pemohon/ pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
  5. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/ RKSR/ PKJ A/ PKJ B boleh memohon RMMJ
  6. Mereka yang telah memiliki rumah kos sederhana/ mewah TIDAK LAYAK memohon
  7. Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/ BATAL
  8. Semua DOKUMEN SOKONGAN dan SURAT AKUAN SUMPAH yang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
  9. Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.
  10. Hanya satu (1) pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana Rendah di dalam Johor
  11. TEMPOH SAH pendaftaran Rumah Mampu Milik Johor adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran. Hanya maklumat tertentu sahaj boleh dikemaskini menggunakan akaun pemohon

JENIS RUMAH RMMJ DAN SYARAT KELAYAKAN GAJI

Dibawah ini merupakan senarai jenis rumah dan kedai yang ditawarkan beserta dengan syarat kelayakan gaji pemohon:-

  1. Rumah Komuniti Jenis A

Harga Rumah : RM 42000.00 (Had Maksimum Pendapatan : RM 3000.00)

  1. Rumah Komuniti Jenis B

Harga Rumah : RM 80000.00 (Had Maksimum Pendapatan : RM 5000.00)

  1. Rumah Mampu Milik Johor Dan Kedai Kos Sederhana Rendah

Harga Rumah : RM 150000.00 hingga RM 220000.00 (Had Maksimum Pendapatan : RM 8000.00)

BAUCAR RM1 RIBU

Kerajaan Negeri Johor telah mengambil inisiatif untuk memberikan baucar RM 1 ribu kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban di dalam pembelian rumah. Baucar RM1 ribu ini akan diberi semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki bermula tarikh yang ditetapkan. Borang Permohonan Baucer RM1000 boleh didapati di kaunter Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).

Borang Permohonan Baucar RM1Ribu

Bayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan tuntutan yang lengkap. Untuk syarat-syarat kelayakan pula, hanya pembeli yang membeli rumah jenis Perumahan Komuniti Johor (PKJ)A, (PKJ)B dan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) sahaja layak mendapat baucar. Pembeli hanya layak diberi sekali sahaja oleh pembeli dan pasangannya.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ)

Soalan Lazim Permohonan (FAQ) RMMJ

Manual Pengguna RMMJ Dan Lot Bumiputera

Semakan Permohonan, Klik Keputusan RMMJ

 

SOALAN : Adakah RMMJ Sama Dengan PR1MA?

TIDAK. RMMJ adalah dibawah kerajaan Johor manakalah PR1MA pula dibawah Kerajaan Persekutuan. Penawaran rumah RMMJ dibuat oleh SUKJ bahagian perumahan dan projek yang dibangunkan oleh pihak pemaju harus didaftarkan di Portal eRUmah Johor dan PR1MA pula diuruskan semua oleh pihak PR1MA.

CARA HUBUNGI

Berikut adalah maklumat senarai cawangan Bahagian Permuahan di Negeri Johor untuk kemudahan pemohon. Pemohon yang ingin mengemaskini mukim pilihan dan kategori rumah mamu milik Johor perlulah datang mengunjungi kaunter :-

Bahagian Perumahan Negeri Johor

Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503

Iskandar Puteri, Johor

Email: [email protected]

Telefon: 07-2666260 / 07-2666261/ 07-2666263

Laman Facebook SUKJ Bahagian Perumahan

Waktu Bekerja

Ahad hingga Rabu : Jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Khamis : 8.00 pagi hingga 3.30 petang

Jumaat dan Sabtu : Tutup

ATAU

Datang ke UTC Galleria Kota Raya atau Pejabat Cawangan SUKJ Perumahan di

beberapa daerah seperti berikut :-

 

SENARAI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR (SUKJ) CAWANGAN PERUMAHAN

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan)

  1. Bahagian Perumahan (Cawangan Muar)

d/a Majlis Perbandaran Muar 84000 Muar, Johor.

  1. Bahagian Perumahan (Cawangan Batu Pahat)

No 3, Aras Bawah, Blok A, Rumah Pangsa Batu Pahat 83000 Batu Pahat, Johor

  1. Bahagian Perumahan (Cawangan Kluang)

d/a Pejabat Daerah Kluang 86000 Kluang, Johor.

  1. Bahagian Perumahan (Cawangan Segamat)

No 1G, Rumah Pangsa Segamat, Jalan Dato’ Wan Idris, 85000 Segamat, Johor.

  1. Bahagian Perumahan (Cawangan Tangkak)

Pejabat Daerah Tangkak Jalan Dataran 2 84000 Tangkak

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Share1128Send
Channel Telegram info bantuan kerajaan
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira

Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira – Panduan Memohon Bergambar

bsh fasa 3 dah masuk

BSH Fasa 3: Bayaran Sehingga RM 1,000 Sudah Mula Di Masukkan Hari Ini Bermula Dengan Bank BSN

Bayaran BPN masuk april

Bayaran BPN Masuk Secara Berperingkat Mulai April

Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

bangunan lhdn

Individu “Tiada Rekod” Bantuan Prihatin Nasional Sila Kemuka Permohonan Semula – LHDN

SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM)

SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM)

1
SAPS Guru

Semak Kedudukan Kelas Online Dengan SAPS NKRA

1
PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

0
SAPS Semakan Ibu Bapa

SAPS Semakan Ibu Bapa

0
Cara Login SAPS Ibu Bapa

Cara Login SAPS Ibu Bapa

0
PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

( COVID-19 TERKINI ) BERMULA AHAD 27 SEPTEMBER 2020 WAJIB KUARANTIN PULANG DARI SABAH

( COVID-19 TERKINI ) BERMULA AHAD 27 SEPTEMBER 2020 WAJIB KUARANTIN PULANG DARI SABAH

BERITA BAIK, BOLEH MENUNAIKAN UMRAH MULAI 4 OKTOBER 2020

BERITA BAIK, BOLEH MENUNAIKAN UMRAH MULAI 4 OKTOBER 2020

UOB KEPONG TUTUP SEHINGGA 5 OKTOBER 2020

STAFF POSITIF COVID-19 BANK UOB KEPONG TUTUP SEHINGGA 5 OKTOBER 2020

BANTUAN PRIHATIN 2.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH RM600 UNTUK SETIAP PEKERJA

BANTUAN PRIHATIN 2.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH RM600 UNTUK SETIAP PEKERJA

Digital Mukmin

Copyright © 2020 DigitalMukmin.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 3
  • Home 4
  • Home 5
  • Sample Page

Copyright © 2020 DigitalMukmin.

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Jom Bantu Share Artikel Ini
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • Total: 0