eSPBT Login – KPM | Digital Mukmin akan kongsikan cara untuk anda menggunakan eSPBT
Jika diingatkan pada zaman sekolah dahulu hampir kesemua murid di dalam kelas akan mendapat bantuan skim pinjaman buku teks (SPBT). Melalui bantuan ini, ia akan meringankan beban ibu bapa untuk membeli buku teks.
eSPBT Login
Jadi apabila sesi persekolahan sudah bermula, murid dan pelajar boleh terus menumpukan proses pembelajaran tanpa sebarang kesulitan di mana bahan belajar telah pun lengkap diberikan kepada mereka.
Jika dahulu bantuan ini hanya diberikan kepada sekolah kerajaan iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah dan sekolah bantuan kerajaan semata.
Namun pada masa kini, bantuan ini telah diberikan juga kepada beberapa jenis sekolah lain seperti sekolah menengah agama kerajaan negeri dan sekolah menengah agama rakyat.
Dengan pertambahan pelajar di sekolah pada zaman ini, stok buku teks tidak dapat menampung permintaan yang tinggi, oleh itu, buku teks akan diberikan kepada yang benar layak dan melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan melalui borang SPBT yang dihantar merujuk kepada pekeliling sbpt yang telah sedia ada.
Bagi memudahkan pengurusan skim pinjaman buku teks ini, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah membangunkan dan menyediakan sistem pesanan buku teks online.
CARA MENGGUNAKAN SISTEM eSPBT PESANAN BUKU TEKS
1) Untuk mengakses sistem Pesanan Buku Teks secara online boleh klik pada pautan ini, https://espbt.moe.gov.my/
2) Anda digalakkan akses laman web tersebut menggunakan sistem browser seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox dan masukkan kod sekolah anda serta kata laluan (password) untuk logmasuk ke sistem ini
3) Pastikan sebelum anda melakukan pesanan buku teks secara online (atas talian), anda muat turun borang unjuran enrolmen murid sekolah dan lengkapkan borang tersebut
4) Setelah anda berjaya logmasuk, anda perlu klik butang ‘PROFIL’ untuk melakukan kemaskini segala maklumat dengan info yang tepat dan terkini
5) Kemudian, pastikan anda tekan pula butang ‘PRA PESANAN’ di amna anda perlu download ‘Borang Maklumat Stok Buku’ untuk anda lengkapkan
6) ENROLMEN MURID perlu dilakukan bagi mengesahkan murid yang mendapat buku teks
7) jika anda merupakan guru, anda perlu log keluar dan guru besar atau pengetua sekolah anda akan login dengan ID pengguna mereka dan password untuk mengesahkan segala butiran yang telah anda lakukan sebelum ini