Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran yang dikenali sebagai Kemudahan Sokongan Akaun 2. Inisiatif khas ini diperkenalkan untuk membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Apa yang menarik, pelaksanaan pengeluaran KWSP FSA2 akan dilancarkan dalam 2 fasa untuk memberi manfaat kepada rakyat. Buat masa ini, mulai April 2023 permohonan untuk fasa 1 telah dibuka kepada ahli KWSP.
Tujuan utama kemudahan FSA2 adalah untuk membolehkan pencarum KWSP membuat permohonan awal untuk pengeluaran bersyarat. Maklumat ringkas tentang pengeluaran khas ini dikongsikan di bawah.
KADAR PENGELUARAN YANG DIBENARKAN
Ahli boleh membuat pengeluaran KWSP melalui FSA2 daripada minimum RM3,000 kepada maksimum RM50,000 secara sekali sahaja. Walau bagaimanapun, jumlah yang dibenarkan bergantung kepada permohonan dan baki akaun 2.
SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP FSA2 FASA1
Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk pengeluaran bersyarat FSA2 seperti di bawah:
- ahli KWSP
- WargaNegara Malaysia
- Bawah 55 tahun (keperluan Fasa 1)
- Permohonan boleh dibuat sekali sahaja
- Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
- Ahli mempunyai baki minimum akaun 2 sebanyak RM3,000
- Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh bank
- Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000
PANDUAN CARA MEMOHON
Bagi ahli KWSP yang memerlukan dan layak, permohonan boleh dibuat secara online sepanjang tahun. Arahan cara memohon telah disediakan, sila layari laman web rasmi FSA2 KWSP – DI SINI
Buat masa ini bagi pengeluaran fasa 1, hanya terdapat dua (2) institusi perbankan yang terlibat dalam pembiayaan KWSP FSA2 ini seperti berikut:
- MBSB
- Bank Simpanan Nasional (BSN)