FSA2 : Permohonan Pengeluaran KWSP RM10,000 Masih Dibuka. Berita baik untuk pencarum KWSP, pengeluaran sekali sahaja dibenarkan tetapi bersyarat.
Ia merupakan program di bawah Kemudahan Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan pencarum membuat pengeluaran daripada RM3,000 hingga RM50,000.
PENGELUARAN SECARA ONE – OFF
Berita baik buat pencarum KWSP, Pengeluaran KWSP yang dikenali sebagai Kemudahan Sokongan Akaun 2 (FSA2) telah dilancarkan tetapi bersyarat dalam bentuk pembiayaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam teks ucapannya di Dewan Negara memaklumkan bagi tujuan program ini, kemudahan pembiayaan patuh syariah turut disediakan oleh institusi perbankan dan ia tidak melibatkan sebarang unsur riba.
JUMLAH PENGELUARAN SIMPANAN YANG LAYAK
Berikut adalah jumlah pengeluaran yang dibenarkan berdasarkan simpanan dalam Akaun 2 KWSP
SYARAT PENGELUARAN
Terdapat pelbagai jenis syarat yang ditetapkan oleh KWSP dan berikut adalah syarat-syaratnya
- Terbuka kepada ahli yang belum mencapai umur 55 tahun
- WargaNegara Malaysia
- Permohonan adalah sekali sahaja
- Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
- Jumlah deposit minimum RM3,000 dalam Akaun 2
Jumlah maksimum untuk pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada jumlah pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang terlibat.
LANGKAH 1
Buat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian
LANGKAH 2
Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan
LANGKAH 3
Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 atau 55 tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan jumlah pembiayaan peribadi yang telah diluluskan
4 JUTA PENYUMBANG KWSP AKAN MENDAPAT MANFAAT
Kemudahan ini akan memanfaatkan lebih 4 juta ahli KWSP yang layak di bawah umur 55 tahun. Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islam) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka antara 4% hingga 5% setahun. Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang dikenakan sekitar 8% hingga 15%.