Keseluruhan umat Islam pasti pernah mendengar nama burung Ababil. Sekumpulan burung bersejarah ini disebutkan di dalam Al-Qur’an, tepatnya pada surat Al-Fil. Kisah burung Ababil yang melontarkan batu kepada tentera Abrahah adalah antara kisah yang sudah kita dengar sejak kecil lagi.
Namun ramai yang keliru dengan kisah yang sebenar. Selepas dilakukan kajian penafsiran yang mendalam melalui kaedah bahasa, sebenarnya, tentera Abrahah musnah hanya dengan batu biasa yang bukan berasal dari neraka. Digitalmukmin.com akan membuat perbandingan kisah yang sering kita dengar dengan kajian penafsiran
KISAH YANG SERING KITA DENGAR
- Burung ababil adalah pasukan khusus yang diciptakan Allah SWT
Nama burung ababil disebutkan dalam Al-Qur’an pada surat Al-Fil. Surat yang terdiri dari lima ayat ini, secara khusus mengisahkan tentang kemunculan burung ababil. Penyebutan secara khusus terdapat pada ayat ketiga yang berbunyi sebagai berikut.
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ
“Wa arsala ‘alaihim thoiron abaabiil.”
“Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong.” (QS. Al-Fil: 3)
Ayat ini menegaskan bahwa burung ababil adalah pasukan khusus yang diciptakan oleh Allah SWT untuk mengalahkan rombongan pasukan bergajah dari Yaman yang ingin menghancurkan Ka’bah.
- Masing-masing burung membawa tiga batu kerikil dari neraka
Cara burung ababil membinasakan pasukan bergajah adalah dengan melemparkan batu-batu panas. Dikisahkan bahwa masing-masing burung membawa tiga kerikil dari neraka, dua di kaki dan satu lagi di paruh mereka. Kisah ini juga tertulis dalam surat Al-Fil ayat ke-4, yang berbunyi sebagai berikut.
تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ
“Tarmiihim bihijaarotim ming sijjiil.”
“Yang melempari mereka dengan batu dari tanah liat yang dibakar.” (QS. Al-Fil: 4)
- Mampu membinasakan pasukan bergajah berjumlah banyak
Pasukan bergajah yang ingin menghancurkan Ka’bah dipimpin oleh Abrahah. Ia adalah seorang panglima perang dikisahkan amat bengis dan sombong. Abrahah iri dengan keramaian Ka’bah dan Kota Makkah, yang selalu ramai dikunjungi orang untuk melakukan penyembahan. Dia ingin menghancurkan Ka’bah dan memindahkan tempat persembahan ke Kota Yaman.
- Sebagai pengingat bagi kesombongan manusia
Munculnya burung ababil di tengah penyerangan pasukan Abrahah terhadap Ka’bah adalah bukti kebesaran Allah SWT. Burung ini dikisahkan memiliki kekuatan besar dan dengan batu panasnya mampu melenyapkan manusia. Seperti yang tertulis pada surat Al-Fil, burung ababil dijadikan pengingat bagi sifat sombong manusia. Meski diciptakan sebagai makhluk yang paling sempurna, bukan bermaksud boleh sesuka hati menyombongkan diri. Kisah ini juga sebagai pengingat, bahwa kuasa Allah SWT tiada tertandingi. Tak ada gunanya manusia menyombongkan diri di dunia, sebab kelak kita semua akan kembali pada Sang Pencipta.
- Belum ada ilmuwan yang berhasil menemukan spesies burung ini
Menariknya, hingga kini belum ada ilmuwan atau penelitian ilmiah yang berhasil menemukan spesies burung ababil, serta kandungan senyawa kimia dalam batu panas yang dibawanya. Bayak ilmuwan masih tertanya tanya, bagaimana batu-batu panas tersebut menghancurkan tubuh manusia dan gajah dengan cepat, namun tanpa merusak permukaan bumi. Fenomena ini adalah salah satu bukti kebesaran Allah SWT.
SEBALIK HASIL KAJIAN ANALISIS PENAFSIRAN
- Perkataan Ababil pula bukanlah nama jenis burung seperti helang ataupun pipit. Tetapi bermaksud kumpulan burung yang datang secara berkumpulan dari segenap penjuru. (Tafsir Al-Jalalain)
- Perkataan burung dalam surah ini disebut secara umum dan bukan spesifik. Dalam bahasa Arab, sebarang kata nama yang tidak disertakan dengan huruf alif dan lam membawa maksud yang umum, iaitu apa sahaja jenis burung. Burung yang merejam tentera Abrahah adalah dari pelbagai jenis burung yang muncul dalam pelbagai saiz. Kesemua burung ini mampu terbang pada ketinggian yang berbeza dan membawa saiz batu yang berbeza.
- Perkataan Tarmi bermaksud melontar atau merejam bukannya menjatuhkan. Lontaran selalunya disertakan dengan rejaman menggunakan tenaga yang kuat. Oleh itu, tenaga rejaman oleh sekumpulan burung itu menjadi semakin kuat, semakin laju, dan berbahaya apabila ditambah dengan daya tarikan graviti. Menurut ilmu fizik, kelajuan akan berganda apabila dipengaruhi kuasa graviti.
- Perkataan Sijjil bukan bermaksud neraka, yang kita faham batu yang digunakan oleh burung Ababil adalah batu dari neraka. Tetapi, batu itu adalah batu yang bercampur tanah yang keras pejal kerana dibakar. Logiknya ia dibakar oleh sinaran terik matahari di padang pasir.
Sebenarnya, tentera bergajah Abrahah dimusnahkan oleh rejaman pelbagai saiz batu keras yang dilontar oleh pelbagai jenis burung dari tahap ketinggian serta kelajuan yang berbeza. Ia seumpama hujanan peluru dari langit yang digerakkan oleh hukum fizik dan graviti. Keadaan menjadi semakin teruk apabila gajah Abrahah yang kesakitan terkena hujanan batu, terus mengamuk dan memijak tentera yang jatuh diatas tanah berhampirannya.