Berita baik untuk semua rakyat Malaysia kerana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan kemudahan i-Sayang sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Menurut Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kemudahan itu akan membolehkan pemindahan sukarela sebanyak 2% daripada caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.
Baca Juga : Semakan i-Akaun KWSP
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan i-Sayang KWSP pada tahun 2023
Apa itu KWSP i-SAYANG?
i-Sayang KWSP adalah kemudahan yang membenarkan pemindahan sukarela 2% caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.
Siapa Yang Boleh Mohon
Syarat Kelayakan Pemberi (Suami)
- Ahli KWSP
- Perkahwinan yang berdaftar
- 75 tahun ke bawah
Syarat Kelayakan Penerima (Isteri)
- Warganegara Malaysia
- Ahli KWSP
- 75 tahun ke bawah
- Perkahwin berdaftar
Jumlah BANTUAN i-SAYANG KWSP
Berikut adalah jumlah yang akan diterima daripada bantuan i-Sayang KWSP:
- Pemindahan sukarela sebanyak 2% daripada sumbangan daripada akaun suami kepada isteri dibenarkan.
- KWSP akan menyokong skim lebihan caruman sukarela di mana ahli boleh meminta majikan mereka menaikkan caruman KWSP mereka melebihi kadar berkanun 11%.
Tarikh pembayaran i-SAYANG KWSP
Semakan status kelulusan permohonan ini boleh disemak melalui i-Akaun (Ahli) selepas pendaftaran i sayang dilakukan. Hanya pemberi sahaja yang boleh membuat semakan.
I-Sayang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selepas 2 bulan daripada tarikh penerimaan caruman syer pekerja pemberi.
Cara memohon KWSP i-SAYANG
Permohonan i-Sayang boleh dibuat secara sukarela oleh pemberi (suami) melalui cara berikut :
- i-Akaun (Ahli) atau
- Pergi ke pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran iSayang yang telah lengkap diisi.
Info lanjut mengenai caruman ini, sila layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/i-sayang
Skim i-Perlindungan KWSP
Selain i-Sayang KWSP, kemudahan lain yang dilancarkan untuk bakal pesara ialah i-Lindung, iaitu skim yang membolehkan pengeluaran dana daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.
Inisiatif lain yang sedang dipertimbangkan termasuk pengenalan berperingkat perlindungan mandatori untuk pekerja sektor tidak formal dalam sektor bukan pertanian.
Baca Juga : Pengeluaran Khas KWSP 10K