[info KWSP] Bantuan Khairat Kematian KWSP | Tuntut RM2,500 | Maklumat Lanjut

Untuk pengetahuan anda, terdapat bantuan khairat kematian yang disediakan oleh KWSP sebanyak RM2500 dan boleh dituntut oleh waris.

Berikut kami di Team DigitalMukmin akan panduan dan langkah-langkah untuk melakukan proses tuntutan ini.

 


KETAHUI BANTUAN KEMATIAN KWSP

Objektif penubuhan Bantuan Khairat Kematian ini adalah sebagai tanda simpati pihak KWSP terhadap waris ahli (mengikut budi bicara KWSP).

 

Bantuan sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada “tanggungan ahli” yang layak (balu/duda, anak atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).

 

Untuk makluman, KWSP berhak mempertimbangkan keputusan muktamad berkenaan pembayaran Manfaat Kematian.

 

Bantuan Kematian KWSP

 


SYARAT-SYARAT TUNTUTAN

 

Waris ahli yang memohon Pengeluaran Kematian akan menerima Bantuan Kematian sekiranya memenuhi kriteria berikut:

  1. Ahli yang meninggal dunia adalah Warganegara Malaysia / PR / Bukan Warganegara yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998.
  2. Ahli itu meninggal dunia sebelum umur 60 tahun,
  3. Ahli masih mempunyai simpanan KWSP,
  4. Pemohon adalah anggota keluarga tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa),
  5. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian.

 


CARA UNTUK MEMOHON

 

Untuk memohon, sila layari i-Akaun atau membuat tuntutan dengan mengisi borang berikut:

Muat Turun Borang Khairat Kematian KWSP :

KWSP_9KM_AHL

 


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

 

  • Borang KWSP 9KM (AHL) & Senarai Semak Dokumen
  • Maklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan/ Akaun Semasa/ Surat Pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/ Akaun Harta Simati- Nama Simati)
  • Dokumen Bukti Perhubungan (Sijil Pendaftaran Perkahwinan/ Sijil Sumpah Nikah bagi Ahli Bukan Islam dan berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
  • Surat Kuasa Wakil (Surat Pentadbiran Mahkamah/ Institusi Undang-undang/ Amanah Raya Berhad (ARB)
  • Salinan Dokumen Pengenalan diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan
  • Salinan Dokumen Sijil Kelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)
  • Sijil Kematian Ahli ATAU Sijil Kematian penama (jika penama telah meninggal dunia)
  • Sijil kelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) ATAU Sijil Nikah (jika ahli sudah berkahwin) ATAU Surat Cerai Ahli/ Bukti Hubungan dengan pemohon (jika ahli bercerai)
  • Borang Perakuan Tanggungjawab

 


CARA PEMBAYARAN MANFAAT KEMATIAN KWSP

 

I) DALAM NEGARA

Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikreditkan ke dalam akaun pemohon.

Jika pemohon mempunyai akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan adalah sama dengan rekod bank.

Pemohon akan diberikan Cek Jurubank, sekiranya pembayaran ke akaun pemohon gagal.

 

II) LUAR NEGARA

Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing dalam mata wang pilihan pemohon.

Jika mata wang pilihan pemohon berada dalam senarai mata wang yang disahkan.

Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing dalam Dolar AS
Jika mata wang pilihan pemohon tiada dalam senarai yang disahkan.

 


INFO LANJUT

 

Untuk pertanyaan lanjut dan maklumat terperinci, anda boleh layari portal rasmi di sini.


Jom Bantu Share Artikel Ini
×