Salah seorang Ahli Parlimen telah mengusulkan agar Kerajaan mewujudkan bantuan kewangan yang akan dinamakan sebagai ‘i-Ceria’ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ia adalah kemudahan untuk pengeluaran wang KWSP mereka untuk kali yang terakhir.
Sewaktu perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat baru-baru ini, Ahli Parlimen, Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN – Jempol) berhujah bahawa hal ini menunjukkan terdapat sebilangan rakyat Malaysia terus-terus mendesak untuk menggunakan wang persaraan mereka dengan tujuan untuk melangsungkan kehidupan seharian mereka.
I-CERIA KWSP RM10,000 SECARA ONE OFF
“Usul ini bukan untuk menafikan kembimbangan Kerajaan terhadap simpanan hari tua dan tuntutan ini juga adalah mustahil untuk menafikan fakta dimana sebanyak 20 peratus pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup pada hari tua mereka.”
“Tuntutan hari ini adalah semata-mata untuk memenuhi hasrat Keluarga Malaysia. Khususnya kepada mereka yang masih menghadapi kesempitan kewangan akibat Pandemik Covid-19 dan ditambah pula yang menghadapi musibah banjir baru-baru ini.” Katanya.
Mohd Salim berhujah, sampainya masa untuk kita bagi kerajaan untuk mengkaji semula tuntutan rakyat dalam isu pengeluaran KWSP ini buat kali yang terakhir dan secara bersasar bagi kepada mereka yang memerlukan, dan bergantung kepada jumlah simpanan.
Cadangan berikut dipersetujui oleh beberapa Ahli Parlimen lain termasuklah Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) Datuk Seri Hasan Ariffin (BN-Rompin) M. Karupaiya (PH,Padang Serai) Dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat).
PENJELASAN MENTERI KEWANGAN – TENGKU ZAFRUL
Menteri Kewangan – Tengku Zafrul telah menjawab bagi cadangan pihak-pihak yang menyuarakan pengeluaran khas KWSP sebelum ini melalui 2 buah video di Facebook bertarikh 17 Januari 2022.
Dalam video berikut, beliau telah menjelaskan bahawa sehingga kini pencarum sudah mengeluarkan sehingga RM71,000.0 melalui i-Lestari, i-Citra & i-Sinar. Dalam bahagian kedua video pula, impak pengeluarannya turut diperincikan.
Secara keseluruhan, RM101 Billion yang telah dikeluarkan pencarum. Jelas beliau bahawa Negara kita akan mencapai status Negara Tua pada tahun 2030.
Ini bermaksud, rakyat Malaysia memerlukan wang simpanan yang lebih banyak dalam masa 8 tahun bagi membiayai hidup masing-masing selepas mereka bersara.
Disebabkan itu, desakan beberapa pihak untuk membenarkan pengeluaran KWSP akan menjejaskan isu kekurangan persaraan yang kini di tahap yang membimbangkan.
Contohnya, median simpanan ahli B40 adalah sebanyak RM1000, bersamaan RM4 sebulan bagi tempoh 20 tahun.
Manakala, bagi M40, jumlah simpanan adalah RM25,000 iaitu bersamaan RM104 sebulan bagi tempoh 20 tahun.
Tengku Zafrul juga menjelaskan bahawa pada tahun 2014 Malaysia juga dilanda banjir yang teruk. Ketika itu, tiada pengeluaran KWSP yang dibenarkan walau 1 sen pun. Sebaliknya, kerajaan menggunakan pendekatan terterntu untuk membantu rakyat yang terjejas bagi mendapatkan bantuan kewangan, barangan keperluan dan tempat tinggal untuk meneruskan kehidupan.
Pendekatan ini juga digunakan bagi mangsa banjir tahun ini yang boleh dimanfaatkan oleh mangsa banjir yang terjejas.
Sumber – BERNAMA via Belutin Utama TV3