Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

Inginkan Rezeki Melimpah? Buang Hasad Dengki & Busuk Hati Dalam Perniagaan!

Persaingan yang tak terbabit dengan hasad dengki yang bersifat haram dalam Islam dan sangat dibenci Allah SWT. Dikatakan pesaing perniagaan ialah peniagaan yang menjual jenis perniagaan yang sama

by Ms Admin Wani
July 6, 2021
in Agama, Informasi, Isu Semasa, Panduan
Reading Time: 5 mins read
0
Inginkan Rezeki Melimpah? Buang Hasad Dengki & Busuk Hati Dalam Perniagaan!Inginkan Rezeki Melimpah? Buang Hasad Dengki & Busuk Hati Dalam Perniagaan!Inginkan Rezeki Melimpah? Buang Hasad Dengki & Busuk Hati Dalam Perniagaan!

Bagaimana mengatasi persaingan dalam perniagaan, mari kita menghayati Firman Allah SWT dalam Al Quran dan Hadis Rasulallah s.a.w mengenai hasad dengki sesama peniaga-peniaga beragama Islam supaya pegangan agama kita tidak tersasar menerusi persaingan dalam perniagaan. Persaingan yang sihat dan bersih tanpa hasad dengki di hati adalah amat perlu sebelum kita mempelajari teknik dan cara bersaing dalam perniagaan makanan ini. Jangan sekali-kali anggap peniaga lain sebagai musuh perniagaan kita. Sehinggakan ada peniaga yang sama jenis perniagaan yang dijalankan sebelah-menyebelah tidak tegur-sapa bila berjumpa. Penting bagi kita yang bersaing ialah hindarkan perasaan “HASAD DENGKI” dari hati kita.

PROMO - Unlimited Free Shipping dekat Shopee, rugi kalau tak guna shopee -> https://shope.ee/4pify0AhKC

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda (maksudNya):

“Pintu-pintu syurga itu akan dibuka pada Hari Isnin dan Khamis, lalu diampunkan bagi setiap hamba yang tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah, melainkan seseorang yang diantara dirinya dengan saudara itu ada rasa kebencian – dalam hati, lalu dikatakan – yakni Allah berfirman kepada malaikanya: “Nantikanlah dulu kedua orang ini, sehingga keduanya berdamai kembali. Nantikanlah kedua orang ini, sehingga keduanya berdamai kembali.”

(Riwayat Muslim).

MAKSUD PERASAAN DENGKI

Mari kita memahami apa itu maksud sebenar dikatakan, “perasaan dengki” . Dengki bermaksud , seseorang yang tidak gembira sekiranya orang lain mendapat sesuatu, sedangkan dia lebih gembira bila dia yang dapat. Menurut Imam Ghazali ‘Dengki’ itu ada tiga jenis:

  • Rasa kurang senang terhadap nikmat yang dikecapi oleh orang lain, lalu terlalu mengharapkan agar nikmat itu terputus darinya.
  • Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang, sekali pun dia tidak dapat mengantikan untuk dirinya. Orang jenis ini akan gembira bila orang yang dapat kenikmatan itu jatuh. Ini sifat paling keji dari yang pertama.
  • Tidak mengharapkan-harapkan nikmat itu hilang dari orang lain tetapi menginginkan nikmat yang sama bagi dirinya sendiri dengan cara berusaha dengan lebih gigih. Biasanya sifat ini dinamakan, “Ghibah”.

Sila memahami Firman Allah di Al-Quran: MaksudNya:

“Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).

Surah an-nissa:79

Diberi satu situasi sebagai contoh dimana kisahnya menceritakan tentang perniaga buah durian. Pada musim buah semestinya permintaan dari penggemar buah tersebut meningkat, sudah tentunya juga ramai perniaga akan mengambil peluang pada musim buah tersebut. Seperti perniaga yang baru-baru ini telah tular di laman sosial Facebook kerana menjual buah durian dengan harga yang sangat murah, dimana beliau meletakkan harga durian selonggok RM10

Inginkan Rezeki Melimpah? Buang Hasad Dengki & Busuk Hati Dalam Perniagaan!

Sehubungan dengan itu jualannya mendapat sambutan yang amat tinggi dari penggemar durian . Bukan itu sahaja, beliau juga menjual pelbagai jenis buah tempatan. Namun disebalik rezeki yang beliau perolehi ini, terselitnya hasad dengki dari peniaga lain yang turut jual produk yang sama tidak berapa berpuas hati dengan apa yang dimiliki orang lain . Dari Anas r.a, bahawasanya Nabi s.a.w bersabda (maksudnya):

“Janganlah engkau semua saling benci-membenci, saling dengki-mendengki, saling belakang-membelakangi dan saling putus – memutuskan  ikatan persahabatan atau kekeluargaan  dan jadilah engkau semua hai hamba-hamba Allah sebagai saudara-saudara. Tidaklah halal bagi seorang Muslim kalau ia meninggalkan  yakni tidak menyapa saudaranya lebih dari tiga hari.”

(Muttafaq ‘ alaih).

APA ITU GHIBTAH?

Maksud Ghibtah ialah satu kesedaran atau keinsafan yang terhasil dari akal fikiran manusia yang berjiwa besar dan luhur.

  • Ia sedar dan insaf akan kekurangan dan juga kemunduran yang ada didalam dirinya untuk memperolehi kenikamatan yang sama ada pada orang lain
  • Selepas menyedarinya kekurangan ini, dia berkerja keras, berusaha mati-matian agar dapat sampai kepadanya apa yang dicapai orang yang senang tadi
  • Niatnya ini tanpa disertai kedengkian dan iri hati.
  • Biarpun menginginkan mendapatkan apa yang telah didapati oleh orang lain kenikmatan yang melimpah, namun hatinya tetap bersih, sedikit pun tidak mengharapkan agar kenikmatan orang lain akan hilang daripadanya.
  • Orang yang bersifat ghibtah ini sentiasa menginginkan pertunjuk dan nasihat, bagaimana dan cara yang perlu ditempuhinya untuk menuju mencapai cita-citanya seperti orang mendapat kenikmatan tadi.
  • Mereka jenis ini apabila mengetahui sesuatu kenikmatan dan kebaikan dan apa juga kebaikan ada di diri peniaga lain tidak hanya berangan-angan kosong tanpa berusaha dan tidak mempunyai sedikit pun hasad dengki terhadap mereka, dan tidak berharapkan supaya lenyap kenikmatanya atau kebaikan dari peniaga-peniaga tadi, atau pun berniat kenikmatan orang itu berpindah kepada dirinya.
  • Mencuba mengandakan usahanya lebih gigih dari peniaga berjaya itu untuk mencapai taraf lebih tinggi kejayaan dari peniaga tadi.
  • Memakmurkan persaingan yang sihat dalam perniagaan, sebab jalan yang dilaluinya adalah sangat wajar untuk majukan dirinya melalui perniagaan yang diceburi.

KELAKUAN YANG TIDAK WAJAR DARI PERNIAGA

Dikatakan persaingan yang tidak wajar dalam perniagaan ialah seperti

  • Menghasut pembeli dengan mengatakan bahawa barang yang dijual oleh peniaga pesaing dengannya tidak berkualiti berbanding dengan kualiti barangnya
  • Makanan yang dijual tidak halal atau bersih
  • Tomahan peniaga seturunya gunakan Jin atau sihir terhadap pelangan
  • Sentiasa mencari jalan untuk mencuri pekerja yang terbaiknya dari pesaing dengan ingin menjatuhkan perniagaannya dan berbagai cara lain untuk bertujuan untuk menjatuhkan perniagaan pesaing.
  • Ada juga peniaga mengaku ia adalah, sebagai peperangan persaingan dalam perniagaan, tetapi mereka tak sedar perasaan bersifat dengki telah dimiliki mereka yang akan dilaknati oleh Allah SWT.

Inginkan Rezeki Melimpah? Buang Hasad Dengki & Busuk Hati Dalam Perniagaan!

Kita sebagai golongan peniaga perlu faham “dengki” itu hanya kepunyaan peniaga-peniaga yang berjiwa rendah dan mendorong mereka ini untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain dengan cara yang ditegah agama. Peniaga-peniaga yang memiliki sifat ghibah pula mempunyai sifat yang bertentangan dengan sifat dengki. Sifat ghibah adalah yang amat baik, murni dan menjadi pendorong utama untuk beramal dan berusaha memperolehi kebaikan dan kenikmatan dunia dan akhirat yang di cita-citakan, tidak sama sekali disertai rasa ingin melakukan sesuatu keburukan pada peniaga lain. Peniaga bersifat ghibah ini sentiasa akan ingin berniaga bersama-sama dan akan berkerjasama dengan baik diantara satu sama lain. Biasanya kita senang kenali peniaga seperti ini.

Sifat yang dengki dihukumkan “Haram” dalam segala segi, kecuali nikmat yang diperolehi oleh seseorang yang derhaka kepada perintah-perintah agama, lalu dijadikan nikmat yang ada padanya itu, untuk melakukan segala macam maksiat dan larangan-larangan Allah S.W.T., membuat kerosakan-kerosakan di atas muka bumi dan menyakiti orang lain. Maka dalam perkara ini , tidaklah terlarang bila seseorang itu mencita-citakan terhapusnya nikmat itu dari orang yang derhaka itu supaya terhenti kerosakan-kerosakan itu terhenti. Kita tidak boleh membenci seseorang yang dapat kesenangan seseorang Islam yang dianugerahkan Allah SWT kerana ia bukan menyentuh diri kita, ia seperti perbuatan yang murkai ketentuan Allah. Al-Quran membidas orang bersifat seperti ini dengan firmanNya

“Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.”

surah Al-i-Imran:120

Mengikut Islam berlumba-lumba atau pun bersaing dengan cara sihat dalam mencari kesenangan atau kekayaan dan kenikmatan dunia tidak dilarang, malah ada kalanya dituntut oleh syariat: Allah telah berfirman Al- Mutaffifeen : 26 , MaksudNya, “Meterainya kasturi; – dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;”.

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Channel Telegram info bantuan kerajaan

Related Posts

Bantuan Tunai Kerajaan RM350 Untuk B40 Dikreditkan Setiap Bulan - Permohonan Dibuka
Bantuan Kerajaan

Bantuan Tunai Kerajaan RM350 Untuk B40 Dikreditkan Setiap Bulan – Permohonan Dibuka

0
Bantuan RM100 Telah Dikreditkan
Bantuan Kerajaan

Bantuan RM100 Telah Dikreditkan Dalam Akaun Penerima

0
BWE : Pemberian Bantuan RM500 Sebulan Untuk B40
Bantuan Kerajaan

BWE : Pemberian Bantuan RM500 Sebulan Untuk B40

0
Tarikh Pembayaran Pencen Bulan November 2023
Bantuan Kerajaan

Tarikh Pembayaran Pencen Bulan November 2023

0
No Result
View All Result

Recent Posts

  • TERKINI : Jadual Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Bank Penerima Bermula Pada Hari Ini
  • Pihak KWSP Umum Berita Gembira Untuk Semua Pencarum
  • e-Madani RM100 Tuntut Disini
  • Bantuan Tambahan STR Fasa 4 RM600 Dikreditkan Bermula Hari Ini
  • STR 2024 : Tarikh Permohonan & Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1
  • TERKINI : Permohonan Bantuan Khas RM300 Sebulan Untuk Golongan ( B40 )
  • Bantuan Tunai RM2,700 Secara One-Off Akan Diberi Kepada Kategori B40, Ini Adalah Maklumat Penuh & Syarat Kelayakan
  • Kerajaan Setuju Beri Bantuan RM700 Tanpa Perlu Permohonan
  • Jadual Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Bank Penerima Bermula Hari Ini
  • Bantuan Tambahan Khas RM200 Untuk Bujang Seluruh Malaysia ! : Semak Sekarang
  • Rasmi : Bantuan RM100 Kini Telah Dikreditkan Kedalam Akaun Penerima
  • TERKINI : Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibuka Pada Tahun 2024
  • MY STR 2024 : Kadar Bayaran Fasa 1 Mengikut Kategori Penerima – Semak Sekarang
  • Ini Adalah Bayaran Fasa 1 STR 2024 – Semakan Kategori, Jumlah & Tarikh Bayaran
  • RM1000 Tambahan Buat Penerima STR Fasa 4

Categories

  • Agama
  • Bantuan Kerajaan
  • Informasi
  • Isu Semasa
  • Jawatan Kosong Kerajaan
  • KWSP
  • Panduan
  • Pelik Tapi Benar
  • Petua
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Uncategorized
  • Ustaz Azhar Idrus Ustazazhar.net
No Result
View All Result
  • (BKM) Tambahan RM500 Bagi Yang Layak ~ Semak Sini Segera !
  • KWSP – Pengeluran Khas Sempena AidilAdha RM10,000 Sehingga RM30,000
  • Privacy Policy

Copyright © 2023 DigitalMukmin.

×