Kerajaan Perpaduan Madani sangat menitikberatkan pendekatan belas ihsan dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik khususnya golongan B40 & miskin tegar.
Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Maka dengan itu, bantuan tunai B40, M40 & miskin tegar di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Jumlah Bayaran Caruman Tunai (STR) Rahmah 2023
Berikut adalah jumlah Sumbangan Tunai (STR) Rahmah 2023:
Penerima STR Fasa 4
Untuk maklumat anda, penerima STR Fasa 4 hanya melibatkan isi rumah dan warga emas. Untuk bujang tiada bayaran pada fasa 4. Jumlah bayaran yang diterima dikongsikan di bawah
Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah:
- Tiada anak = RM200
- 1 – 2 anak = RM600
- 3 – 4 anak = RM900
- > 5 orang anak = RM1200
Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000
- Tiada anak = RM0
- 1 – 2 anak = RM0
- 3 – 4 anak = RM300
- > 5 orang anak = RM500
Warga emas (60 tahun ke atas)
- RM200
Bujang 21-59 tahun
- RM0
Bujang kurang upaya (OKU) (19-59 tahun)
- RM0
Tarikh Pembayaran STR Fasa 4
Sila semak tarikh pembayaran STR FASA 4 di sini.
Seperti pembayaran fasa sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
Pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023
Semakan Status STR Fasa 4
Semakan status permohonan & login masuk ke MySTR boleh dilakukan di portal rasmi STR https://bantuantunnai.hasil.gov.my/
STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Bantuan SARa merupakan inisiatif wang tambahan yang diperkenalkan kerajaan semasa pembentangan Bajet 2023.
Bantuan ini diberikan untuk membantu golongan miskin dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Hanya isi rumah di bawah golongan miskin tegar dan tersenarai dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak menerima STR Tambahan ini.
Bayaran RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.