Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

“Isteri bukanlah milik kita, Mereka amanah Allah” – Ustaz Ebit Lew

Apabila suami sering tersentap akibat isteri garang menyinga tentulah ada pucuk pangkalnya. Bukan mudah nak sentiasa memahami pasangan kita. Kadang-kadang suami ada silapnya, kadang-kadang isteri pula. Jadi salah faham antara suami isteri adalah normal. Namun apabila suami sering tersentap akibat isteri garang menyinga tentulah ada pucuk pangkalnya. Dan penjelasan daripada Ustaz Ebit Lew di halaman Facebooknya cukup mengesankan.

by Ms Admin Wani
June 25, 2021
in Agama, Informasi, Isu Semasa, Panduan, Petua
Reading Time: 4 mins read
0
"Isteri bukanlah milik kita, Mereka amanah Allah" - Ustaz Ebit Lew

Ia bermula dengan keluhan seorang suami ini yang sentiasa melihat isterinya marah anak-anak, terutamanya yang sulung. Akibat takut dirinya pun dimarahi, suami ini merasakan elok dia berdiam diri dan langsung meminta pandangan daripada Ustaz.

PROMO - Unlimited Free Shipping dekat Shopee, rugi kalau tak guna shopee -> https://shope.ee/4pify0AhKC

Coretan daripada Ustaz Ebit Lew

“Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak-anak. Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik mara dan jerit pada anak-anak. Terasa kasihan pada anak-anak. Terasa tiada hari anak-anak tak kena marah. Kadang-kadang saya tengok isteri saya sayang yang kecil jer. Kakak sulung asyik kena marah jer. Semua salah kakak besar. Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya-saya kena marah.”

Penjelasan Ustaz Ebit Lew

Abang nak tahu tak Allah sayang abang. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Abang nak bantu dan selesaikan. Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak-anak. Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami..itu antara punca utama.

Puncanya daripada suami?

Abang nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa.

  • Selalunya wanita yang selalu marah-marah anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya.
  • Dia rindukan suaminya.
  • Dia ingin suaminya bersamanya.
  • Isteri wanita yang Allah jadikan sensitif.
  • Jiwa mereka lembut.
  • Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga.

Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Juta-juta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah.

"Isteri bukanlah milik kita, Mereka amanah Allah" - Ustaz Ebit Lew

Suami perlu sedar.

  • Dia bukan bibik kita.
  • Dia bukan orang gaji kita.
  • Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai,sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah.
  •  Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah..

Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak-anak ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta dan sayang insyaAllah isteri kita akan bimbing anak-anak kita Islam dengan cinta dan sayang. Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang. Sentiasa tunjukkan rasa kasih sayang seperti ciuman & pelukan

Peluk isteri. Sayangi isteri.

  • Lihatlah nanti mereka akan peluk dan sayang anak-anak.
  • Bila sampai rumah sunnah beri salam dan peluk atau cium ahli keluarga.
  • Anak-anak dahagakan pelukan dan ucapan sayang.
  • Mak anak yakni isteri kita yang penat sepanjang hari tu lagi dahagakan ciuman, pelukan dan ucapan sayang terima kaseh dari suaminya.
  • Begitu juga kita sebagai suami. Kita pun ingin begitu. Kita semua cuma manusia yang sedang belajar nak jadi baik.
  • Begitulah juga seorang ibu yang melayan anak besar sampai anak kecil dengan cinta dan sayang
  • Begitulah kakaknya pula akan mencintai adiknya.
  • Esok adiknya pun akan saling mencintai dan menyayangi kakak dan mak ayahnya.
  • Esok kita mati mereka tak berebut harta tapi berebut nak bagi syurga paling tinggu buat mak ayah.
  • Cinta ialah pendidikan yang utama pada keluarga selepas iman.

"Isteri bukanlah milik kita, Mereka amanah Allah" - Ustaz Ebit Lew

Suami isteri yang saling membantu. Saling mencintai.

  • Saling menghargai akan membuat anak-anak pun jadi begitu.
  • Janganlah pernah bergaduh depan anak-anak
  • . Nanti anak kita akan jadi stress dan mereka akan jadi hipokrit.
  • Jangan paksa anak kita terpaksa memilh antara kedua ibubapa.
  • Dalam kata lain satu bas tapi ada 2 pemandu dan 2 arah tujuan.
  • Kerana itu biarlah tidur sekali dan mimpi pun sama.

Jangan marah isteri depan anak

  • Bila isteri marah anak. Jangan lawan atau marah isteri depan anak.
  • Bila isteri marah kita bantu apa yang patut.
  • Kadang-kadang masa tu dia tengah susu anak, 2 anak lagi bergaduh dan jatuhkan air atau makanan. Kita tolong kutip makanan yang jatuh bersihkan.
  • Kita tolong jaga 2 anak lagi.

Isteri masak di dapur, suami buat apa?

Biasa mereka marah sedang mereka masak lauk di dapur seorang diri. Kita suami kadang-kadang tengok tv atau hp. Anak-anak dah sepahkan rumah ada yang mengacau di dapur. Mereka kunci jam Mereka masak sahur, mereka kena hidang. Mereka kejut anak. Mereka kejut suami, mereka kemas pinggan dan dapur. Mereka kena marah kalau tak kemas. Mereka kena marah kalau terlambat. Mereka kena marah jika penat tak bangun sahur.

  • Mereka bukan marah anak sebenarnya
  • Seperti anak-anak. Mereka buat hal, mereka jadi pelik, mereka bergaduh, mereka tak nak pergi sekolah, mereka dahagakan perhatian dan kasih sayang ibu bapanya.
  • Lagi mereka kena marah dan jerit lagi mereka berusaha tarik perhatian
  • Sebab tu banyak isteri yang dulunya baik dan lemah lembut. Tapi bila suami dia buat hal dan ada perempuan lain. Dia maafkan tapi belum dapat lupakan mereka jadi berubah.
  • Terus jadi pemarah dan kuat mengamuk dan bermasam muka
  • Cemburu lain macam. Sangka macam-macam sebab hati mereka dah luka.

"Isteri bukanlah milik kita, Mereka amanah Allah" - Ustaz Ebit Lew

Cara mengatasinya

  • Ubatnya kita sebagai ketua keluarga hidupkan amalan ta’lim dalam rumah.
  • Pergi berdating berdua.
  • Berjuang di jalan Allah.
  • Cuba bawa isteri 3hari belajar iman. Berada di jalan Allah.
  • Pergi umrah.
  • Ziarah Kaabah.
  • Ziarah Rasulullah saw.
  • Solat malam sama-sama.
  • Bersyukur kunci segalanya.
  • Sentiasa sabar.
  • Lihat orang yang lebih susah dari kita.

Ya Allah sayangilah isteri kami yang tercinta. Kami maafkan segala salah silap mereka semua kepada kami. Kerana semua ini salah kami sebagai suami kerana belum menjadi suami yang baik. Maafkan kami kerana belum menjadi suami yang baik. Amin Yaarabbal .

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Channel Telegram info bantuan kerajaan

Related Posts

"Suami Dah Bawa Motor Sehabis Baik" Rider Terduduk Balik Rumah , Tenung Sebiji Kek Pelanggan Reject. Duit Terbang Bayar Refund .
Isu Semasa

“Suami Dah Bawa Motor Sehabis Baik” Rider Terduduk Balik Rumah , Tenung Sebiji Kek Pelanggan Reject. Duit Terbang Bayar Refund .

0
Suami Hadiahkan Seekor Kuda, Intan Najuwa Dapat Seekor kuda sempena hari lahir
Isu Semasa

Suami Hadiahkan Seekor Kuda, Intan Najuwa Dapat Seekor kuda sempena hari lahir

0
“Kau nak cuba menggatal dengan laki aku ke apa? Tak panas ke korang jiran duduk seorang diri sebeIah rumah kau lagi tu cuba nak try laki kita sendiri”
Isu Semasa

“Kau nak cuba menggatal dengan laki aku ke apa? Tak panas ke korang jiran duduk seorang diri sebeIah rumah kau lagi tu cuba nak try laki kita sendiri”

0
Hamil 7 bulan tapi masih ligat menari, ramai bimbang Ayda Jebat terberanak atas pentas
Isu Semasa

Hamil 7 bulan tapi masih ligat menari, ramai bimbang Ayda Jebat terberanak atas pentas

0
No Result
View All Result

Recent Posts

  • TERKINI : Senarai Penerima Bantuan Kewangan RM1500 Dibayara Pada Bulan Ini – Semak Sekarang
  • Pengeluaran KWSP RM10,000 Kini Dibenarkan Oleh Kerajaan – Semak Sekarang
  • MySTR Fasa Keempat : Akan Diberikan Lebih Awal Kepada Rakyat
  • Bantuan SARA 2023 – Semakan Status & Tarikh Bayaran RM600
  • Bantuan Suri Rumah RM480 Telah Mula Dikreditkan Hari Ini
  • Tarikh Pemabayaran Gaji September 2023 Penjawat Awam ( Semak Sini )
  • Senarai Kategori Penerima Bantuan Sebanyak RM 900 Dan RM 1200 : Semak Kelayakan Sekarang
  • TERKINI : Bantuan RM500 Sebulan Untuk Warga Emas (BWE) – JKM
  • Bantuan Lesen Motor Dan Kereta Percuma Untuk Rakyat Malaysia : Mohon Sekarang
  • Semakan Status Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Mengikut Bank
  • Semakan Status Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Mengikut Bank
  • STR Tambahan : Bayaran RM600 Kini Telah Dikreditkan Berperingkat – Semak Kelayakan Anda
  • TERKINI : CEO KWSP Benarkan Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 1 & 2
  • MySTR : Semakan Kadar Bayaran Fasa Ke 4 Mengikut Kategori
  • E-Dompet : Bantuan Istimewa E-Tunai RM100 Untuk M40 & B40 – Mohon Sekarang

Categories

  • Agama
  • Bantuan Kerajaan
  • Informasi
  • Isu Semasa
  • Jawatan Kosong Kerajaan
  • KWSP
  • Panduan
  • Pelik Tapi Benar
  • Petua
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Uncategorized
  • Ustaz Azhar Idrus Ustazazhar.net
No Result
View All Result
  • (BKM) Tambahan RM500 Bagi Yang Layak ~ Semak Sini Segera !
  • KWSP – Pengeluran Khas Sempena AidilAdha RM10,000 Sehingga RM30,000
  • Privacy Policy

Copyright © 2023 DigitalMukmin.

×