Jadual Pembayaran STR Fasa 4 Kategori Isi Rumah
STR Fasa 4 akan mula dikreditkan pada 7 November 2023. Masih ramai yang tertanya-tanya berapakah jumlah sebenar yang akan diterima bagi kategori isi rumah.
STR fasa 4 melibatkan bayaran minimum RM200 sehingga maksimum RM1,200 bergantung kepada kategori.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang jumlah pembayaran STR Fasa 4 untuk kategori isi rumah.
Kandungan
- Jumlah Bayaran STR Fasa 4 Kategori Isi Rumah
- Tarikh Pembayaran STR Fasa 4
- Jadual Pembayaran STR Fasa 4 Mengikut Bank
- Semakan Status STR Fasa 4
- Sumbangan Yayasan Rahmah (SARA) RM600
- Maklumat lanjut
- Soalan lazim
- Jumlah Bayaran STR Fasa 4 Kategori Isi Rumah
- Jumlah pembayaran STR Fasa 4 untuk kategori isi rumah dikongsi di bawah:
Tarikh Pembayaran STR Fasa 4
RASMI : STR Fasa 4 akan dikreditkan secara berperingkat pada 7 November 2023.
Bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima yang layak.
Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran STR dibuat secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Semakan Status STR Fasa 4
Semakan status STR Fasa 4 boleh dilakukan di portal rasmi STR https://bantuantunnai.hasil.gov.my/
Sumbangan Yayasan Rahmah (SARA) RM600
STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif wang tambahan yang diperkenalkan kerajaan semasa pembentangan Bajet 2023.
Bantuan ini diberikan untuk membantu golongan miskin dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.