Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia (LKM) 2023
Jawatan kosong terkini di Lembaga Koko Malaysia (LKM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan TETAP dan KONTRAK di Lembaga Koko Malaysia seperti berikut.
- 1. Pegawai Hal Ehwal Ekonomi E41
- 2. Akauntan WA41
- 3. Penolong Pegawai Penyelidik S29
- 4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
- 5. Pembantu Penyelidik S19
- 6. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
Tarikh tutup permohonan 08 September 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan: Pelbagai Negeri
Sektor kerajaan
Cara memohon
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari pautan yang diberikan di bawah.
Borang permohonan yang lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran pasport dan salinan Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan bagi semua semester), STPM/SPM, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir dan lain-lain) YANG DIAKUI OLEH PEGAWAI DALAM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL dan hendaklah dihantar selewat-lewatnya jam 5:00 Petang, Jumaat 08 September 2023 ke Ibu Pejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-
KETUA PENGARAH
- LEMBAGA KOKO MALAYSIA
- TINGKAT 5, 6 & 7 WISMA SEDCO,
- LORONG PLAZA PENGLIHATAN
- LEBUH RAYA PANTAI
- BEG BERKUNCI 211
- 88999 KOTA KINABALU, SABAH.
Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di sudut kiri atas sampul surat.
Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek akan dihubungi untuk temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.