Sifat orang perempuan memang tak dapat elak daripada berleter atau membebel. Namun bagi lelaki mereka lebih suka mengambil pendirian berdiam diri jika nak marah atau ada tak puas hati.
Sama juga dalam sebuah rumah tangga, suara isteri ibarat suara keramat kerana jika sehari tak berbunyi tak sah. Suami kena ingat, isteri membebel tandanya dia sayang. Bukan saja-saja nak cakap. Isteri kuat bebel itu tanda dia sihat. Kalau isteri kuat termenung itu petanda yang kurang baik. Suami kena jaga-jaga ya!
Orang perempuan memang dijadikan oleh Allah sangat istimewa. Kekuatan mereka ialah pada percakapan, tidak seperti lelaki, itulah pula kelemahannya.
Cuba baca wasap ayah-ayah kita, atau wasap suami kita, bila kita wasap dia panjang-panjang, ayah atau suami akan reply “k”, “ok”, “ya”, “belum”, “👍🏻”. Mereka hanya membalas dengan sepatah perkataan sahaja . Yang bestnya, kadang-kadang tak reply langsung. Inilah antara pattern reply orang lelaki kebanyakannya.
Tetapi wahai kaum wanita, bukan kerana orang lelaki tu sombong, tapi sebenarnya mereka tak tahu nak reply apa, dan tak tahu nak panjangkan kata-kata sebab kuota bercakap dia barangkali dah habis.
- Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
- Wanita pula boleh mengeluarkan 100 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
- Kuota untuk bercakap bagi seorang lelaki ialah sebanyak 7,000 patah perkataan sehari.
Lumrah wanita sering berkata-kata, malah kajian juga terbukti kaum perempuan ini lebih banyak bercakap berbanding kaum lelaki. Sekiranya seorang isteri memilih untuk berdiam diri, pastinya ada sesuatu yang tidak kena.
Selalunya, kaum perempuan ini akan cuba meluahkan perasaan yang terpendam kepada pasangan, terutamanya jika dia ingin mengatakan sesuatu. Tetapi apabila suara si isteri seolah-olah tidak diendahkan lagi dan tidak diberi perhatian, ini petanda bahaya buat pasangan. Hakikatnya, seorang isteri itu rasa perlu menyembunyikan apa yang dirasai demi menjaga hati suami. Dia tidak mahu keruhkan keadaan dengan berkata-kata dan dia masih mampu untuk memendam rasa.
Diam Seorang Isteri, Dari Mata Seorang Lelaki
Kerapkali isteri yang berdiam diri ini hanya mampu meneruskan kehidupan seolah tiada apa yang berlaku, selalunya kerana hormatkan suami. Namun sebenarnya, isteri yang berdiam diri ini umpama bom jangka yang tunggu untuk meletup sahaja.
Mungkin sebahagian para suami tidak memahami keadaan ini, namun mujur ada sebahagian lelaki yang memahami dan faham keadaan si isteri. Inilah yang penting dalam kebahagian rumah tangga.
Jadi, jika suami tengok isteri diam tak seperti kebiasaannya, sila ambil tindakan dan fikirkan sesuatu. Kalau dibiarkan lama-lama dikhuatiri keadaan akan lebih mudarat. Boleh jadi isteri sedang mengalami depression. Depression sangat merbahaya bagi isteri. Cepat-cepat bawa jumpa doktor pakar ya!