Kaedah Untuk Membiasakan Anak Tidur Awal.

Perasankah anda, ada masanya kita akan memarahi anak-anak sebelum waktu tidurnya? Sebenarnya kita mahu melatih mereka menjadi lebih berdisiplin dan tidur mengikut jadual tetapi sebenarnya ia mempengaruhi emosi mereka. Tidur selepas kena marah tidak elok untuk perkembangan emosi anak kerana ia membuatkan mereka merasa sedih dan tidak dipedulikan. Terutamanya jika kita biarkan mereka tertidur sendiri selepas dimarahi tanpa dipujuk.

Jumlah Purata Jam Yang Diperlukan Untuk Kanak-Kanak Yang Berusia Empat Hingga Enam Tahun Untuk Tidur Ialah Antara 10 Jam Hingga 11 Jam Dan Tempoh Tidur Ini Membantu Pertumbuhan Tubuh Anak-Anak. Sewaktu anak-anak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Anak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stres keluarga.

Ibu bapa akan berasa stres jika terpaksa memujuk anak tidur awal. Jika tak cukup tidur mesti mengamuk apabila dikejutkan. Malah keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya. Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti. Tiada salah untuk ibu bapa mencuba apa-apa kaedah untuk membiasakan anak tidur awal. Tapi Ingat, Mengajar Anak Untuk Tidur Awal Bukanlah Dengan Kekerasan Seperti Dimarahi Atau Ditakutkan Dengan Rotan!

1.Jadual

Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 9:00 malam, jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda.

Kaedah Untuk Membiasakan Anak Tidur Awal.

Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.

2.Tidak ikut permintaan anak

Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur.

Kaedah Untuk Membiasakan Anak Tidur Awal.

Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.

3.Tegas

Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur.

Kaedah Untuk Membiasakan Anak Tidur Awal.

Jangan Pedulikan Protes Atau Rungutan Anak Anda. Kurangkan Interaksi Dengan Anak Anda. Jika Anak Anda Berterusan Mahu Keluar Bilik Anda Memberi Amaran Akan Mengunci Bilik Tidur. Jika Anda Tegas Dengan Peraturan, Anak Anda Akan Memahami Dan Mematuhi Pada Hari-Hari Berikutnya.

4.Beri pujian

Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur.

Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di sekolah.

5.Baca buku

Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita.

Kaedah Untuk Membiasakan Anak Tidur Awal.

Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang menggembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.

6.Tutup televisyen

Kaedah Untuk Membiasakan Anak Tidur Awal.

Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.


Jom Bantu Share Artikel Ini
×