• Home
  • Panduan
  • Informasi
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Petua
  • SAPS
Thursday, April 8, 2021
Digital Mukmin
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Digital Mukmin
No Result
View All Result
Home Informasi

Kanser Limfoma

by Fyqa Azahar
September 14, 2019
in Informasi
3 min read
0
Kanser Limfoma
579
SHARES
1.7k
VIEWS
Share on Facebook

Kanser Limfoma | Adakah ini kali pertama anda dengar mengenai Kanser Limfoma? Digital Mukmin akan kongsikan sedikit maklumat untuk anda mengenai Kanser Limfoma

Rakyat Malaysia telah mengetahui mengenai penyakit yang dihidapi oleh artis terkenal, Elyana yang telah dirahsiakan selama 7 tahun daripada pengetahuan umum dan ini telah membuka mata rakyat Malaysia untuk lebih mengetahui mengenai kanser limfoma. Ustaz Mohd Hanafiah iaitu pendakwah terkemuka juga disahkan menghadapi penyakit yang sama.

Kita belum sedia maklum mengenai penyakit kanser limfoma ini. Jadi disini admin akan kongsikan kepada anda apakah itu kanser limfoma, bagaimana kanser tersebut menyerang tubuh dan tanda – tandanya.

5 PERKARA MENGENAI KANSER LIMFOMA YANG JARANG DIKETAHUI

  1. Limfoma Merupakan Sejenis Kanser Darah

Limfoma merupakan kanser darah yang akan berlaku apabila sistem imun dan sel darah putih mengalami perkembangan yang tidak terkawal. Hal ini demikian kerana, ia akan menyebabkan sel tersebut terkumpul secara luar biasa, kelenjar limfa bengkak dan ia juga boleh merebak ke organ lain seperti tisu otak, usus, tulang, paru – paru dan sum sum tulang.

Foto Kredit: my health.gov.my

 

  1. Golongan Muda Lebih Berisiko

Untuk maklumam, limfoma dibahagikan kepada dua iaitu :- Limfoma Bukan Hodgkin (NHL) dan Limfoma Hodgkin (HL). Limfoma Hodgkin dikategorikan sebagai penyakit yang berbahaya dan berisiko tinggi menyerang golongan muda berusia 15 hingga 30 tahun. Warga emas berusia 55 tahun ke atas juga dikatakan mempunyai risiko yang sama.

Meskipun limfoma masih asing dalam masyarakat kita, namun 1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidapi penyakit HL dan 60% daripadanya adalah golongan lelaki, seperti yang dijelaskan oleh Ketua Perkhidmatan Hematologi Kebangsaan, Datuk Dr Chang Kian Meng dalam sebuah artikel yang disiarkan pada tahun 2015. Manakala, NHL pula lebih lazim menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

Foto Kredit: lymphoma.org

 

  1. Punca Limfoma

Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui, namun begitu terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit tersebut :-

i) Jangkitan bakteria dan virus seperti helicobacter pylori, hepatitis B dan C , HIV, EBV,

ii) Penyakit auto-immune

iii) Penggunaan ubat immune suppressive selepas pemindahan organ.

iv) Penyakit keturunan / genetik

v) Pendedahan kepada bahan toksik seperti racun serangga, racun rumpai, dan benzene.

 

  1. Tanda-tanda Limfoma

Gangguan daripada abnormaliti yang berlaku pada sistem limfa boleh menyebabkan fungsi organ-organ penting terjejas dan akan menyebabkan kemerosotan tahap kesihatan pesakit.

Antara tanda-tanda yang boleh dikenalpasti adalah:

i) Pembengkakan kelenjar limfa

ii) Demam berpanjangan

iii) Hilang selera makan

iv) Turun berat badan secara mendadak

v) Cepat letih & tidak bertenaga

vi) Ruam kulit, selalunya di bahagian kaki

vii) Sering berpeluh pada waktu malam

viii) Tanda lain pada bahagian organ tertentu: contohnya batuk & sesak nafas akibat pembengkakan peparu atau berak berdarah akibat usus yang bengkak

Pada tahap awal, ia mula menyerang sebahagian kecil sistem limfa dan seterusnya melibatkan lebih banyak bahagian hingga mengganggu fungsi organ. Jika tidak dirawat sejak awal, ia boleh membawa maut.

4 Tahap Kanser Limfoma Hodgkin. / Foto Kredit: Meredith S. via StudyBlue

 

  1. Rawatan

Pesakit limfoma untuk sembuh sangatlah cerah. Namun begitu, ia bergantung kepada faktor tertentu; umur pesakit, jenis, tahap, dan respon tubuh mereka terhadap rawatan.

Antara rawatan yang terlibat adalah pembedahan, radiasi, kemoterapi, immunoterapi, atau pemindahan sum-sum tulang – bagi kanser yang bersifat agresif atau berulang.

Foto Kredit: shutterstock.com

 

JOM AMBIL PEDULI

Dengan sedikit info yang dikongsikan ini, diharapkan rakyat Malaysia lebih mengambil berat dan memiliki kesedaran terhadap kanser limfoma. Sedikit sebanyak, bolehlah kita memberi sokongan kepada mereka yang mengharunginya. Berat mata memandang, berat lagilah bahu yang memikul. Semoga mereka tetap bertabah dan terus berjuang!

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Share232Send
Channel Telegram info bantuan kerajaan
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira

Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira – Panduan Memohon Bergambar

bsh fasa 3 dah masuk

BSH Fasa 3: Bayaran Sehingga RM 1,000 Sudah Mula Di Masukkan Hari Ini Bermula Dengan Bank BSN

Bayaran BPN masuk april

Bayaran BPN Masuk Secara Berperingkat Mulai April

Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

bangunan lhdn

Individu “Tiada Rekod” Bantuan Prihatin Nasional Sila Kemuka Permohonan Semula – LHDN

SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM)

SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM)

1
SAPS Guru

Semak Kedudukan Kelas Online Dengan SAPS NKRA

1
PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

0
SAPS Semakan Ibu Bapa

SAPS Semakan Ibu Bapa

0
Cara Login SAPS Ibu Bapa

Cara Login SAPS Ibu Bapa

0
PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

( COVID-19 TERKINI ) BERMULA AHAD 27 SEPTEMBER 2020 WAJIB KUARANTIN PULANG DARI SABAH

( COVID-19 TERKINI ) BERMULA AHAD 27 SEPTEMBER 2020 WAJIB KUARANTIN PULANG DARI SABAH

BERITA BAIK, BOLEH MENUNAIKAN UMRAH MULAI 4 OKTOBER 2020

BERITA BAIK, BOLEH MENUNAIKAN UMRAH MULAI 4 OKTOBER 2020

UOB KEPONG TUTUP SEHINGGA 5 OKTOBER 2020

STAFF POSITIF COVID-19 BANK UOB KEPONG TUTUP SEHINGGA 5 OKTOBER 2020

BANTUAN PRIHATIN 2.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH RM600 UNTUK SETIAP PEKERJA

BANTUAN PRIHATIN 2.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH RM600 UNTUK SETIAP PEKERJA

Digital Mukmin

Copyright © 2020 DigitalMukmin.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 3
  • Home 4
  • Home 5
  • Sample Page

Copyright © 2020 DigitalMukmin.

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Jom Bantu Share Artikel Ini
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • Total: 0