Sumbangan Tunai Rahmah untuk bayaran RM300 & RM500 akan dikreditkan ke dalam kumpulan M40. Untuk makluman, geran inisiatif khas dalam bentuk bantuan kewangan ini akan dibayar buat kali terakhir kepada penerima STR.
KATEGORI PENERIMA FASA 4
Seperti yang sedia maklum, kerajaan perpaduan telah memperkenalkan inisiatif Derma Tunai Ihsan ini pada pembentangan Bajet 2023. Sehingga hari ini, bayaran untuk STR fasa 1 hingga fasa 3 telah pun dibayar pada Januari, April dan Jun.
Bagi pembayaran terakhir pada fasa ke-4, kategori penerima adalah isi rumah dan warga emas sahaja. Bagi penerima bujang yang telah berjaya mendapat bayaran sehingga fasa ketiga, mereka tidak akan terlibat dalam menerima insentif ini pada fasa akhir.
Bagi bayaran berjumlah RM300 dan RM500 akan diberikan kepada kategori penerima bagi isi rumah (keluarga) berpendapatan di bawah RM5,000. Isi rumah berpendapatan RM2,500 akan menerima sehingga RM1,200 dan warga emas RM200 seorang.
JADUAL PEMBAYARAN FASA 4
Kerajaan mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa keempat akan mula diagihkan pada November 2023. Berkemungkinan ia akan bermula seperti pembayaran STR fasa ketiga yang terakhir, segala maklumat terkini akan dikemas kini mulai dari masa ke semasa.
KADAR PEMBAYARAN FASA 4 MENGIKUT KATEGORI BENEFISIARI
Kategori keluarga ( Isi Rumah ) B40
- Tiada anak: RM200
- Mempunyai anak (1-2): RM600
- Mempunyai anak (3-4): RM900
- Mempunyai anak (5 dan ke atas): RM1,200
- 2. Kategori Keluarga ( Isi Rumah ) M40
Tiada anak : Tiada bayaran
- Mempunyai anak (1-2) : Tiada bayaran
- Mempunyai anak (3-4): RM300
- Mempunyai anak (5 dan ke atas): RM500
- 3. Bujang (21 – 59 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)
Bujang : Tiada bayaran
- Warga emas: RM200 seorang
Info : Di atas adalah kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima sedia ada yang telah menerima bayaran sehingga fasa 3. Bagi penerima yang tidak melepasi fasa 3 dan telah membuat rayuan, baki akan dicampur dan dikreditkan pada fasa 4 nanti.
SEMAKAN STATUS MYSTR
Kepada semua yang terlibat, anda boleh menyemak status pembayaran bantuan tunai STR secara online mengikut fasa. Untuk semakan, sila pergi ke tapak rasmi MySTR – DI SINI