Kehidupan Sejahtera: Bantuan E-Dompet bernilai RM300 sebulan kini ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 (B40). Untuk makluman, permohonan untuk inisiatif bantuan khas ini telah dibuka sepanjang tahun ini.
KEHIDUPAN SEJAHTERA : BANTUAN E-WALLET
Kerajaan negeri telah melaksanakan inisiatif berupa bantuan e-dompet yang akan diberikan setiap bulan pada tahun 2023. Program geran khas ini dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera atau lebih sinonim BINGKAS.
Untuk makluman, program BINGKAS ini akan diteruskan pada 2023 melibatkan peruntukan sekitar RM108 juta yang akan memanfaatkan lebih 30 ribu penerima yang layak.
Objektif utama program ini masih dilaksanakan pada tahun ini adalah untuk meringankan beban keluarga yang memerlukan dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Kerana itu kerajaan menyediakan bantuan ini dalam bentuk e-wallet untuk membeli keperluan asas.
KELAYAKAN BANTUAN E-WALLET UNTUK KEHIDUPAN SEJAHTERA
Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan untuk permohonan bantuan BINGKAS ini seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
- Isi Rumah (Keluarga) dengan tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
- Lahir di Selangor atau sudah lebih 10 tahun menetap di negeri itu
Nota: Bagi pemohon yang layak, bantuan khas ewallet ini boleh digunakan untuk membeli keperluan asas di pasar raya berdaftar. Untuk makluman, jumlah kadar e-wallet ini akan ditambah secara automatik ke paras RM300 setiap bulan.
PANDUAN LANGKAH PERMOHONAN
Bagi yang memerlukan dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara mendaftar dan memohon telah disediakan, untuk memohon sila rujuk laman web rasmi BINGKAS – DI SINI
Bagi memudahkan proses semakan permohonan, pemohon perlu melampirkan dokumen yang diperlukan seperti:
- Salinan kad pengenalan (Pemohon dan pasangan)
- Salinan Mykid, kad pengenalan atau sijil lahir (Tanggungan/anak)
- Salinan slip gaji kakitangan awam
- Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
- Surat pengesahan pendapatan daripada ketua masyarakat untuk bekerja sendiri atau menganggur