KEJAM ! DUA PEKERJA DIROTAN KERANA BERPUASA

Terkini ! Tindakan kejam dua pengawal peribadi dipukul dengan sebatang rotan oleh majikan mereka . Malahan ditambah pula dengan acuan pistol oleh majikan mereka yang didakwa tidak suka kedua-duanya menunaikan puasa di bulan Ramadhan dalam kejadian pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian tersebut didakwa berlaku di One KL Condominium Jalan Pinang Kuala Lumpur pada pukul 10 malam.

Menurutnya, 2 orang mangsa itu merupakan pengawal peribadinya yang telah dirotan selepas didapati berpuasa oleh  majikan mereka yang merupakan pemilik sebuah syarikat.

“Suspek merupakan majikan mangsa bertanya kepada mangsa dan rakannya sama ada berpuasa atau tidak pada hari tersebut. Setelah mangsa memberitahu mereka berpuasa, mangsa dimarahi dan ditampar di kepala mereka.

“Mangsa kemudian diarah mengikut suspek ke rumahnya di Batu Nilam Klang Selangor dan setelah sampai di rumah suspek, kedua mereka dipukul dengan kejam menggunakan sebatang rotan lalu diacukan dengan pistol,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa  merupakan warga tempatan telah mengalami lebam di belakang badan yang agak teruk dan mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

“Siasatan awal dijalankan mendapati kedua mangsa dilantik untuk bekerja sebagai pengawal rapat (bodyguard) di syarikat sekuriti suspek. Mangsa pertama sudah bekerja selama tiga tahun dan rakannya pula selama tujuh tahun.

“Punca kejadian disebabkan suspek sangat tidak suka mangsa dan rakannya berpuasa serta memaksa mereka supaya tidak berpuasa atau akan dikenakan tindakan. Apabila mangsa melawan arahan tersebut, suspek tidak puas hati lalu menampar berkali kali di kepala dan juga dipukul menggunakan rotan juga diacu dengan pistol,” katanya.

Menurutnya, suspek berumur 43 tahun telah diberkas untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Jom Bantu Share Artikel Ini
×