Solat Subuh Dua Rakaat Lebih Baik dari Dunia dan Segala Isinya
“Dua rakaat solat Fajar (subuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala isinya” (HR Muslim)
Orang Yang Solat Subuh Akan Mendapat Cahaya Terang di Hari Kiamat
Rasulullah SAW bersabda, ”Berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”. (HR Tirmizy dan Ibnu Majah)
Solat subuh memelihara setiap muslim
Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan solat subuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. (HR Muslim)“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam lindungan Allah. Maka jangan cuba cuba membuat Allah membukti janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya dalam neraka” (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis menjelaskan bahawa Allah Taala akan memberi perlindungan bagi mereka yang menunaikan solat subuh berjemaah dan perlindungan dari Allah adalah sebesar-sebesar lindungan
Solat Subuh Memasukkan Pelakunya ke dalam Syurga
“Orang yang melakukan shalat baradain (solat Asar dan Subuh) masuk syurga”
Solat Subuh Setara dengan Qiyamullail
Orang yang ikut solat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah solat setengah malam. Orang yang ikut solat subuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan solat sepanjang malam (qiyamullail). (HR Muslim)
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)
Akan diberkati oleh Allah SWT.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Allah S.W.T. berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah Al-Kahfi ayat : 28)
Solat Subuh Menyelamatkan Pelakunya daripada Api Neraka
Tidak akan masuk neraka seseorang yang solat sebelum terbit matahari (solat subuh) dan sebelum terbenam. (HR Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W. : “Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
- dibebaskan daripada api neraka
- dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)”
Solat Subuh Memasukkan Pelakunya ke dalam Syurga
“Orang yang melakukan shalat baradain (solat Asar dan Subuh) masuk syurga”
Solat Subuh Disaksikan oleh Malaikat Malam dan Malaikat Siang
Abu Hurairah radhiyallahi’anhu meriwayatkan dari Nabi SAW tentang ayat [wa quraanal fajri inna quraanal fajri kaana masyhuda]: Solat subuh itu disaksikan oleh malaikat malam dan malaikat siang”. (HR Imam At-Tirmizy) At-Tirmizy mengatakan bahawa riwayat hadits ini hasan shahih.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, ”Solat berjamaah lebih diutamakan dari solat sendirian dengan 25 darjat. Malaikat malam dan malaikat siang bertemu dalam solat subuh (HR Bukhari)