Kelebihan Surah al Waqiah

Surah al Waqiah mempunyai 96 ayat dan merupakan surah ke 56 di dalam Al Quran. Surah ini dinamakan al Waqiah kerana diambil daripada ayat pertama surah ini yang bererti kiamat. Digitalmukmin.com akan kongsikan kepada anda kelebihan yang bakal anda peroleh jika anda mengamalkan surah ini.

Jika anda membaca surah Al Waqiah dengan konsisten setiap hari, maka Allah akan menjauhkan kefakiran kepada anda selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا

“Barangsiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.”

Dikurniakan pelbagai bentuk rezeki

Jika anda menjadikan surah al Waqiah ini sebagai rutin harian anda, anda bukan sahaja berasa tenang malah anda juga akan merasakan tiada kesempitan dari segi wang ringgit. Selain rezeki wang ringgit, anda juga akan merasakan banyak rezeki dari pelbagai segi tanpa sedar.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Daripada Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

Kelebihan Surah al Waqiah

Dikurniakan kekayaan yang luar biasa.

Jika kita mengamalkan surah al Waqiah dalam kehidupan seharian, tanpa sedar anda akan memperoleh kekayaan yang luar biasa. Namun begitu, anda perlulah ikhlas dalam mengamalkan surah ini, bukanlah untuk mendapatkan kekayaan semata. Jika anda melalkukan dengan ikhlas, insyaAllah dengan sendirinya anda akan merasakan kekayaan duaniwi dengan melimpah ruah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.”

(Hadis riwayat Ibnu Ady)

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al Waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Bagi sesiapun membaca surah Al Waqiah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 40 kali selama 40 hari, InsyaAllah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki.

Akhir kata, jom sama-sama kita amalkan baca surah Al-Waqiah setiap hari. Insya-Allah rezeki yang Allah akan beri pada kita tak pernah berhenti.


Jom Bantu Share Artikel Ini
×