Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

Pada 24 Julai 2020 yang lalu, ramai yang telah memuat turun status di sosial media mengatakan yang Bantuan Sara Hidup Fasa 3 mereka sudah masuk.

Namun, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana bayaran yang sepatutnya mereka terima tidak seperti yang diharapkan. Hal ini membuatkan segelintir pihak berasa tidak senang kerana bantuan yang diharapkan itu lebih sedikit berbanding yang sepatutnya mereka dapat.

Berikut adalah Luahan Mereka:

luahan bsh

luahan bsh fasa 3

luahan bsh fasa ketiga

Penjelasan Kenapa Bayaran Tidak Seperti Yang Diharapkan:

Menurut salah seorang pengguna Facebook, beliau yang telah pergi ke LHDN untuk menyatakan masalah berikut telah mendapat jawapan. Penjelasannya adalah seperti berikut:

kenapa bsh tidak seperti yang diharapkan

“Teka teki saya sudah terjawab. Pagi-pagi dah hubungi LHDN. Tanya kenapa saya dapat kurang. Kalau ikut sistem gaji atas RM2000. Sedangkan gaji bawah RM2000..

Rupa-rupanya LHDN ikut potongan KWSP. Sebab gaji suami campur elaun tetap dengan OT semua dah RM2600 (atas RM2000). Jadi dia ikut pendapatan kasar. Tak ikut basic dah. Sistem dah berubah”

 

Ini pula jawapan penjelasan pengguna Facebook yang lain:

kenapa bsh sikit ye

“Pihak LHDN cakap kenapa dapat sikit, sebab suami saya ada SSM. Walaupun tidak aktif tetapi tetap diambil kira. Sebab tidak batal lagi..

Jadi suami saya dikira gaji RM4000.”

Sumber : Group Facebook Bantuan Sara Hidup

Untuk maklumat lanjut dan info penuh mengenai pembayaran BSH fasa 3 ini, sila lihat gambar rajah di bawah untuk penjelasan:

bsh fasa 3 pembayaran

Sumber : Portal Rasmi BSH Hasil

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai masalah atau pertanyaan mengenai pembayaran BSH atau ingin membuat rayuan, sila hubungi LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) Malaysia di:

  • Layari laman sesawang https://bsh.hasil.gov.my
  • Hubungi LHDN di hotline BSH (1-800-88-2747)
  • Pusat Hubungan Pelanggan BSN (1-300-88-1900)

Untuk membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup ini, sila klik di pautan berikut : Rayuan BSH

Digital Mukmin berharap, semoga dengan perkongsian artikel ini, terjawab semua persoalan anda. Mohon SHARE & Forwardkan info berguna ini kepada mereka yang lain.

 


Jom Bantu Share Artikel Ini
×