Semua pihak termasuk pendakwah dan agamawan perlu meneruskan usaha menyebarkan kebenaran serta hukum yang telah diputuskan mengenai pengambilan vaksin. Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim bagaimanapun mengingatkan sebarang penyebaran berita berkaitan vaksin Covid-19 juga tertakluk kepada undang-undang di negara ini. Menurutnya, individu yang menyebarkan kenyataan mengelirukan mengenai suntikan vaksin Covid-19 boleh didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Apakah itu vaksin?
Vaksin adalah merupakan antigen iaitu virus yang telah mati. Pemberian virus mati ini bukanlah dengan tujuan untuk menyebabkan seseorang itu terkena jangkitan virus, akan tetapi dalam bahasa mudahnya, ia adalah bertujuan menciptakan memori dasar sebagai tentera pertahanan dalam tubuh untuk bersiap sedia menghadapi serangan virus yang sebenar yang lebih kuat.
Kenapa semua orang perlu divaksinkan? Mengapa tidak orang yang berisiko sahaja?
Tujuan pemberian vaksin adalah untuk mencapai imuniti kelompok. Imuniti kelompok adalah bermaksud virus tidak dapat memasuki suatu kelompok masyarakat memandangkan sebahagian besar anggota masyarakat tersebut mempunyai kekuatan (memori tentera pertahanan) untuk melawan virus sebenar yang lebih kuat. Hal ini adalah penting bagi melindungi golongan yang rentan (mudah dijangkiti penyakit disebabkan sistem / fungsi tubuh yang rendah atau menurun) seperti kanak-kanak, orang tua, pesakit kanser dan pesakit HIV-positif.
Apakah vaksinasi wajib yang dicadangkan oleh Kementerian?
Vaksinasi wajib seperti rekomendasi Kementerian Kesihatan Malaysia biasanya akan diberikan kepada bayi baru lahir dan kanak-kanak seperti berikut iaitu:
- Sebaik lahir, bayi akan diberikan vaksin BCG (vaksin penyakit Tuberkulosis (tibi)) dan vaksin hepatitis B dos ke-1
- Pada usia 1 bulan, diberikan vaksin hepatitis B dos ke-2
- Pada usia 2 bulan, diberikan vaksin DTaP (vaksin penyakit difteria, tetanus dan pertussis), vaksin Hib (vaksin
- Haemophilus influenzae type B), dan vaksin polio dos ke-1
- Pada usia 3 bulan, diberikan vaksin yang sama dengan usia 2 bulan untuk dos ke-2
- Pada usia 5 bulan, diberikan vaksin yang sama dengan usia 2 bulan untuk dos ke-3
- Pada usia 6 bulan, diberikan vaksin hepatitis B dos ke-3 dan untuk penduduk Sabah, measles (campak) dos ke-1
- Pada usia 9 bulan, diberikan vaksin MMR (vaksin penyakit measles, mumps (beguk) dan rubella), dan untuk penduduk Sarawak, vaksin Japanese encephalitis dos ke-1
- Pada usia 12 bulan, diberikan vaksin MMR dos ke-2
- Pada usia 18 bulan, diberikan booster untuk vaksin DTaP, Hib dan Polio
- Pada usia 21 bulan, diberikan vaksin Japanese encephalitis dos ke-2 untuk penduduk Sarawak
- Pada usia 7 tahun, diberikan vaksin MR dos ke-2 dan DT (dos booster untuk difteria dan tetanus
- Pada usia 13 tahun, diberikan vaksin HPV (human papilloma virus) dos-1 dan dos-2 dengan jarak 6 bulan
- Pada usia 15 tahun, diberikan vaksin Tetanus (kancing gigi) sebagai booster
Mengapa penyakit-penyakit diatas memerlukan vaksin?
Sekiranya anda perhatikan, anda dapat kenalpasti bahawa semua penyakit yang divaksinasi adalah merupakan penyakit berjangkit. Yang mana ia adalah disebabkan oleh virus yang boleh menyebabkan komplikasi yang berat seperti lumpuh, cacat, dan kanser, malah kematian. Vaksin tidak menghentikan anda daripada dijangkiti dengan virus ataupun kuman. Akan tetapi, ia dapat mengurangkan kesan buruk yang tersenarai diatas daripada terjadi.