Lebih 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan KWSP dengan program terbaharu iaitu Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).
FSA2 membolehkan anda untuk membuat pengeluaran KWSP minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000.
Pengeluaran KWSP FSA2
FSA2 adalah bertujuan untuk memboleh ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Permohonan ini memboleh ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli
Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
Amaun Kelayakan Pengeluaran KWSP
Berikut dikongsikan amaun pengeluaran yang boleh dibuat berdasarkan simpanan Akaun 2:
Syarat Pengeluaran KWSP
Berikut adalah syarat-syarat untuk membuat pengeluaran KWSP:
terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan berkaitan)
- WargaNegara Malaysia
- Permohonan adalah sekali sahaja
- Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
- Jumlah deposit minimum RM3,000 dalam 2 akaun KWSP
Jumlah maksimum untuk pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam akaun 2 (tertakluk kepada jumlah pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)
Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:
Langkah 1: Buat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.
Langkah 2: Mohon pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
Langkah 3: Kemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 atau 55 tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan jumlah pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.
Pengeluaran KWSP 2023: Kerajaan Bersetuju Membenarkan Pengeluaran Dengan Bersyarat
4 Juta Pencarum KWSP Akan Mendapat Manfaat Melalui Pengeluaran KWSP
Kemudahan ini akan memberi manfaat kepada lebih 4 juta ahli KWSP yang layak berumur di bawah 55 tahun.
Kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (Islam) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka antara 4% hingga 5% setahun
Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan lain.
Pencarum Boleh Membuat Pengeluaran KWSP Sehingga RM50,000
Jumlah pembiayaan minimum adalah sebanyak RM3,000 dan jumlah maksimum sehingga RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun 2 KWSP dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh bank.
Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.
Sehingga 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 dan bawah 55 atau 38% mempunyai simpanan dalam akaun 1 sebanyak RM10,000 atau kurang.
Oleh itu, adalah penting untuk membina semula simpanan untuk golongan ini agar mempunyai simpanan yang mencukupi untuk hari tua.
Maklumat lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut:
Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ ATAU
Pergi terus ke pautan pantas https://fsa2.kwsp.gov.my/