Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Berikut adalah maklumat mengenai bantuan khas yang telah diperkenalkan:-
Bantuan Khas RM300
Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan berjumlah RM300.
Bantuan khas ini diberikan kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Eksekutif Gred 56 dan ke bawah serta lantikan politik dan juga dipanjangkan kepada pegawai lantikan MySTEP.
Bantuan Khas turut dihulurkan kepada Guru Al-Quran dan Guru Fardu Ain serta Guru (Mudaribbah) Pusat Pembangunan Wanita. Pesara Kerajaan Negeri juga layak menerima bantuan ini.
“Pegawai yang telah ditahan, digantung kerja atau kertas pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) akan ditangguhkan dalam pemberian BKP Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri Kelantan pada 2023.
Pegawai hanya layak dibayar gaji Penjawat Awam dan Pesara BKP Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2023 selepas dibebaskan daripada pertuduhan tatatertib atau dikenakan hukuman selain dibuang kerja atau diturunkan pangkat oleh PBTT berkenaan,” petikan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Kelantan Bilangan 10 Tahun 2023 .
Tarikh pembayaran
Berdasarkan kenyataan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Kelantan Bilangan 10 Tahun 2023, pembayaran bantuan ini telah dibuat pada 22 September 2023.
Kaedah pembayaran adalah melalui kredit terus ke akaun penerima yang layak.
Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan bantuan khas ini, sila rujuk pekeliling rasmi – DI SINI