Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Selain itu, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif dan kemudahan kepada rakyat negara ini.
Baca Juga : Tarikh STR FASA 4 RASMI
Berikut adalah penjelasan lanjut berhubung bantuan kewangan daripada KWSP ini:-
Bantuan KWSP RM500
Semasa pembentangan Bajet 2023, Kerajaan bersetuju memperkenalkan caruman tambahan KWSP sebanyak RM500 secara ‘one-off’.
Bantuan ini pada asasnya akan dikreditkan ke Akaun 1 KWSP pencarum berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang daripada RM10,000.
Pelaksanaan bantuan kewangan ini akan melibatkan peruntukan RM1 bilion dan akan memanfaatkan hampir 2 juta anggota badan kewangan berkenaan.
“Kerajaan komited membantu rakyat membina semula simpanan persaraan bagi memastikan simpanan yang ada mencukupi untuk membiayai persaraan.
“Bantuan ini diberikan kepada ahli berumur antara 40 dan 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1 mereka,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahum ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat Februari lalu.
KWSP i-Saaran
Pada masa yang sama, Kerajaan turut memperkenalkan Insentif Persaraan (i-Saraan) yang membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan sebagai insentif daripada kerajaan.
Antara faedah utama i-Saraan ialah:
- Boleh membuat pengeluaran mengikut syarat yang ditetapkan;
- Menyediakan saluran persaraan untuk mereka yang bekerja sendiri dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap;
- Mencarum pada sebarang jumlah, pada bila-bila masa mengikut kemampuan kewangan setiap individu;
- Nikmati dividen tahunan ke atas simpanan persaraan;
- Dapatkan pelepasan cukai pendapatan;
- Manfaat Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)
- Untuk maklumat lanjut mengenai Bajet 2023 dan KWSP, sila rujuk Portal Rasmi Kementerian Kewangan
Info Lanjut
Banyak lagi bantuan dan insentif baru yang disediakan oleh kerajaan dengan kerjasama KWSP. Semoga bermanfaat dengan perkongsian ini.