Kesalahan Yang Sering Berlaku Dalam Memilih Pasangan

Jika hubungan yang terjalin masih dalam tahap ‘biasa-biasa’ memang tidak jadi masalah untuk anda mengakhiri perhubungan tersebut. Namun, ia berbeza jika anda sudah berkahwin, tentulah tidak mudah untuk anda meminta ‘cerai’. Digitalmukmin.com akan kongsikan dengan anda 4 kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang dalam soal memilih jodoh. Semoga bermanfaat.

Tidak ada banyak pilihan dan sering sunyi.

  • Kebanyakan orang yang salah memilih jodoh dan pasangan hidup mereka adalah akibat daripada tekanan hidup bersendirian dan sering sunyi.
  • Mereka tertekan dengan keadaan sekeliling seperti kawan-kawan sudah berkahwin sedangkan mereka masih bujang dan bersedirian.
  • Tidak mempunyai pilihan yang banyak dalam urusan jodoh.

Jadi, jalan yang diambil oleh golongan yang sunyi ini adalah mengambil calon suami atau isteri mereka secara tangkap muat. Ini adalah sesuatu yang sangat berisiko kerana mereka sangka mereka sudah melarikan diri daripada masalah, tetapi sebenarnya mereka bakal mengundang masalah yang lebih besar pada masa hadapan.

 Si dia berubah apabila sudah berjaya mengambil hati anda.

  • Lumrah seorang manusia, sebelum dapat banyak janji manis ditaburkan kepada pasangan.
  • Tetapi apabila si dia sudah berjaya menakluki hati anda, maka masa inilah si dia akan berubah.
  • Sifat-sifat aslinya kian terserlah sewaktu bercinta dan bertunang sehingga membuatkan anda mungkin rasa menyesal dan ingin mengakhiri perhubungan tersebut.

Jadi, sebelum terlambat fikirlah baik-baik, adakah anda sanggup untuk terus bersama sepanjang hayat anda dengan lelaki yang punya sifat begitu. Tepuk dada, tanya hati anda!

Tidak percaya dengan kata hati sendiri.

  • Mendengar kata hati sendiri setelah bertanyakan pada yang lain adalah sesuatu yang sangat bagus. S
  • etelah anda berusaha bertanya kepada kawan mahupun keluarga anda sendiri, doa kepada Allah untuk meminta petunjukNya.
  • Kemudian, dengarlah kata hati anda. Fikirlah sedalam-dalamnya dalam membuat sesuatu keputusan besar dalam hidup anda.

Jika anda sudah membuat semua perkara di atas, yang lainnya serahkan kepada Allah. Semoga pilihan anda adalah tepat dan betul. Tidak membuat semua perkara yang dinyatakan ini, termasuk tidak memikirkan semasak-masaknya tentang sesuatu perkara dan tidak percaya kepada kata hati, mungkin akan menyababkan anda merana selepas berkahwin akibat tergesa-gesa dalam membuat keputusan.

Cinta adalah segalanya buat anda.

Walaupun cinta diperlukan dalam menjalinkan hubungan, namun masih ada perkara-perkara lain yang perlu anda pertimbangkan dalam menjalinkan perhubungan.

Cuba renungkan kembali, mungkin selama ini anda telah mengabaikan perkara-perkara yang terjadi di antara anda dan si dia dengan alasan kerana anda terlalu mencintainya. Sedangkan masalah tersebut perlu anda selesaikan agar tidak wujud masalah yang lebih besar. Sebenarnya perkara tersebut akan membuatkan anda menjadi lebih jujur terhadap diri sendiri dan pasangan.

Kesimpulan, memilih pasangan yang betul akan menentukan bahawa anda bahagia atau sebaliknya. Keluarga yang bahagia sudah pastinya menjadi impian semua lelaki dan wanita. Jadilah mereka yang bijak. Semoga bertemu dengan jodoh yang baik. Amin Yaarabbal!


Jom Bantu Share Artikel Ini
×