Kesan Sampingan Vaksin: Cara Report & Mohon Bantuan Khas Kewangan Mudarat Vaksin COVID-19

Kerajaan Malaysia telahpun mempersetujui untuk memberikan peruntukkan sebanyak RM10 juta melalui bantuan khas kewangan bagi kesan sampingan vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia termasuklah warga asing yang telah mendapatkan vaksin mereka melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

 

Peruntukan ini merangkumi dua kategori bantuan iaitu sebanyak RM50,000 untuk kelompok penerima yang mengalami kesan sampingan serius dan RM500,000 jika berlaku kecacatan kekal atau kematian disebabkan oleh vaksin COVID-19.

 

Kerajaan Malaysia bersetuju memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang ditadbir oleh NADMA dengan tujuan bayaran bantuan khas kewangan ini.

 


OBJEKTIF BANTUAN KHAS VAKSIN

 

Bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 ini adalah langkah serius Kerajaan untuk mendepani kebarangkalian jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) terhadap penerima vaksin.

 

Namun janganlah takut, pampasan ini bukan bermakna bahawa vaksin yang sedia ada boleh menyebabkan kesan sampingan serius.

 

Sebaliknya, tindakan Kerajaan Malaysia ni juga menunjukkan KEYAKINAN terhadap Program Immunisasi C19 Kebangsaan, seperti yang dinyatakan oleh Public Health Malaysia.

 

Dengan jaminan dari pihak Kerajaan Malaysia, diharapkan lebih ramai rakyat di Malaysia mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 demi perlindungan diri sendiri.

 

 


2 KATEGORI BANTUAN KHAS KEWANGAN KESAN MUDARAT VAKSIN COVID-19

Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 terbahagi kepada 2 kategori berikut:

  1. RM50,000 jika kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin yang memerlukan rawatan berpanjangan di Hospital.
  2. RM500,000 jika hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin COVID-19.

 


CARA PERMOHONAN & PENILAIAN

Bagi yang mengalami kesan sampingan serius dan ingin mendapatkan manfaat melalui bantuan khas kewangan ini perlu dinilai terlebih dahulu oleh 3 jawatankuasa khas yang turut ditubuhkan.

 

Terdapat 3 Penilai dan pemantau kesan kemudaratan vaksin ini, iaitu:

  1. Jawatankuasa Farmakovigilans Khas – yang memantau kes-kes yang dilaporkan dan isu keselamatan vaksin
  2. Jawatankuasa Teknikal Perubatan – yang akan menilai adakah kesan sampingan tersebut benar-benar daripada vaksin
  3. Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin C19 – Untuk memberikan kelulusan daripada penilaian kedua-dua jawatankuasa sebelum itu.

Pihak NADMA dipertanggungjawabkan membayar pampasan tersebut seperti yang diluluskan melalui dana RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.


CARA REPORT KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19

Kesan sampingan susulan imunisasi yang ringan boleh dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera.

 

Sila rujuk kaedah di bawah untuk membuat laporan:

 

Sekiranya kesan sampingan yang dialami tidak ada dalam senarai, sila rujuk fasiliti kesihatan yang terdekat bagi mendapatkan nasihat/rawatan.
Pegawai kesihatan yang dirujuk boleh membantu anda melaporkan AEFI.

PROSUDER UNTUK MEMOHON PAMPASAN BANTUAN KHAS KEWANGAN KESAN MUDARAT COVID-19

  • Warganegara Malaysia yang menerima vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan mendapat kesan sampingan yang serius selepas menerima vaksin COVID-19 layak memohon Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 ini akan dipertimbangkan berdasarkan kriteria yang perlu dipenuhi seperti berikut:
  1. Adverse Events Following Immunisation (AEFI) mesti dikategorikan sebagai serius berdasarkan laporan penilaian oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19;
  2. Laporan AEFI hendaklah dihantar kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) oleh anggota kesihatan yang merawat pesakit;
  3. AEFI serius telah berlaku dalam tempoh tiga (3) bulan selepas menerima vaksin;
  4. Bagi kes kematian, laporan bedah siasat hendaklah disertakan; dan
  5. Permohonan hanya dipertimbangkan sekiranya dihantar dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh berlaku AEFI. Bukti dan rekod dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan.
  • Permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada urus setia Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 di alamat seperti berikut:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Kawalan dan Pemantauan)
Nombor Telefon: 03-8883 3788/ 3120/ 3741/ 3115
E-mel: [email protected]


MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang skim pampasan atau bantuan khas ini, sila rujuk laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di pautan berikut.

 

Sumber: klik DI SINI


Jom Bantu Share Artikel Ini
×