Tular satu foto di laman Twitter yang mendakwa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi kompaun kerana melanggar SOP kepada beberapa pelajar di cafe di sebuah institusi pendidikan di Perak.
Menurut perkongsian tersebut, apa yang membuatkan pelajar kesal kerana mereka tidak ke mana-mana sejak semester baru di buka.
Bagaimanapun, tweet tersebut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkata siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membuat aduan ini. Isu ini akan diambil tindakan segera.
Diharapkan pengguna laman sosial tidak mengeruhkan lagi keadaan, biar pihak berwajib sahaja jalankan siasatan ke atas kes ini.
Sumber : Twitter