Sudah pasti ramai rakyat Malaysia yang tengah menunggu berita berkaitan pengumuman tarikh pengkreditan BKM bagi Fasa 1. Dikala situasi pandemik yang belum menunjukkan ianya akan kembali pulih, adalah wajar kita berharap agar kerajaan memberikan pertolongan dari segi kewangan agar rakyat tidak terlalu terkesan menghadapi dugaan ini.
Berikut kami di DigitalMukmin akan kongsikan beberapa maklumat penting yang diterima berhubung tarikh dan jadual pembayaran BKM Fasa 1 yang ramai tengah nantikan.
Semakan BKM Fasa 1
Bagi mereka yang telah melakukan proses permohonan dan kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia, anda kini sudah mempunyai akses untuk menyemak status permohonan anda sama ada diterima atau perlu rujuk ke LHDN.
Dibawah merupakan panduan untuk melakukan proses semakan;
- Layari website rasmi : https://bkm.hasil.gov.my
- Isi Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan kod captcha.
- Klik semak.
- Status permohonan anda akan dipapar.
Anda boleh rujuk semakan status permohonan BKM anda sama ada lulus atau tidak di sini.
Bayaran BKM Untuk Setiap Fasa
Untuk makluman anda, penerima yang telah lulus proses permohonan akan dapat BKM sebanyak 4 kali (tertakluk kepada kategori) bagi tahun 2022.
Tarikh rasmi pengkreditan ke akaun penerima pula akan diumumkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Pastikan anda peka dengan berita semasa.
Dibawah merupakan jadual pembayaran BKM untuk setiap fasa:
- Bulan Mac (Fasa 1)
- Bulan Jun (Fasa 2)
- Bulan September (Fasa 3)
- Bulan Disember (Fasa 4)
Anda boleh rujuk dalam jadual di bawah untuk pemahaman lanjut :
Untuk kategori Bujang BKM, penerima hanya akan dapat pada Fasa 1 (Mac) dan Fasa 3 (September) sahaja.
Info Lanjut
Ada pertanyaan yang anda ingin tanya mengenai bantuan ini?
Sila hubungi talian hotline BKM di
1-800-88-2747
atau rujuk FAQ BKM di sini.