Sudah menjadi kebiasaan untuk ibu bapa selalu membelikan anak-anak patung sebagai permainan dan perhiasan di dalam bilik.
Namun anda haruslah berhati-hati kerana patung yang cukup sifat walaupun tidak bernyawa sebenarnya boleh mengundang jin atau syaitan untuk menumpang di dalam patung tersebut sebagai tempat tinggal. Perkara ini dikongsi oleh Ustaz Zulaffendi Mohamad ketika mengubati pesakitnya yang sering mengalami gangguan.
2 hari lepas beliau harus menyelesaikan satu kes. Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja kerana disebabkan anaknya sering ternampak benda yang tidak sepatutnya di dalam rumah dan rasa seram bila masuk bilik dia.
Jadi, beliau memulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut dan setelah selesai bacaan, sesi meneliti seorang demi seorang anaknya pula. Diringkaskan cerita, anaknya yang bongsu sedih dan menangis ketika diruqyah dan kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah takut-takut ada benda yang tak sepatutnya ada dalam rumah.
Apabila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa macam diperhatikan pada satu sudut lalu saya memercikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yang memerhatikan. Bila diperiksa secara terperinci mungkin, akhirnya saya menemui patung POOH yang sebesar saya.
Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. Takut katanya, rasa seperti patung tersebut sedang memerhati.
Apabila ke ruang tamu, ada lagi patung sebesar macam saya juga dan yang terakhir ada patung harimau. Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Kerana mereka tinggal atas flat susah untuk kami buat aktiviti pemusnahan patung tersebut.
Saya sebutkan pada pesakit, jangan simpan patung yang cukup sifat sebagai hiasan kerana simptom yang ada pada pesakit jugak menunjukkan ada gangguan jin dan kerap mimpi disetubuhi dan teringin masuk ke alam bunian katanya. Perasaan tersebut terasa membuak-buak setiap hari pada masa yang sama dan takut bila masuk bilik ayah dia.
لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.”
Riwayat al-Bukhari (3225) dan Muslim (2016)
PESANAN
*Jangan simpan patung yang cukup sifat di dalam rumah
*Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yang geram bila tengok kita seksi ketika tidur
*Jangan pasang lagu-lagu yang melalaikan di dalam rumah