• Home
  • Panduan
  • Informasi
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Petua
  • SAPS
Monday, January 18, 2021
Digital Mukmin
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Digital Mukmin
No Result
View All Result
Home Panduan

KISS Selangor – Kasih Ibu Smart Selangor

by digitalmukmin
July 29, 2019
in Panduan
3 min read
0
523
SHARES
1.5k
VIEWS
Share on Facebook

KISS Selangor – Kasih Ibu Smart Selangor permohonan online untuk ibu-ibu yang berada di Selangor. DigitalMukmin ingin share mengenai panduan rasmi mohon KISS Selangor.

Adakah anda merupakan wanita yang tinggal di Selangor? Semasa pembentangan Bajet 2018 Negeri, Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan inisiatif baharu bagi membantu golongan ibu, khususnya keluarga yang berpendapatan RM2000 ke bawah. Dibawah ini akan dikongsikan langkah untuk membuat permohonon Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).

MENGENAI KISS SELANGOR

Penggunaan kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) akan dibekukan selama sebulan bermula 15 Jun 2019 sehingga 15 Julai 2019. Hal ini demikian kerana ia untuk memberi lalui bagi proses kemaskini maklumat penerima KISS Selangor. Bagi penerima KISS yang tersenarai dalam eKasih atau BSH boleh diteruskan penggunaan kad KISS dengan jumlah manfaat yang sama setelah segala proses kemaskini. Langkah mengemaskini maklumat penerima inisiatif dibuat untuk memastikan bantuan KISS hanya diterima oleh golongan yang benar-benar memerlukannya.

INISIATIF KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)

KISS ini adalah sebahagian daripada Inisiatif Peduli Rakyat dimana ianya akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Selangor dengan angaran sebanyak 72 Juta. Permohonan ini layak dimohon oleh ibu yang berpendapatan isi rumah dibawah RM2000 sebulan dan bakal menerima bantuan sebanyak RM2400 setahun atau bersamaan RM200 sebulan. Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, 1.7 peratus isi rumah di Selangor menerima pendapatan sebanyak RM1,999 ke bawah. Ianya membabitkan 108,800 isi rumah atau kira-kira 30,000 keluarga di Selangor.

KISS ITU APA?

Tujuan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu. Ianya adalah sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40). Kewujudkan KISS ini adalah bagi mengurangkan beban kos sara hidup untuk pembelian barangan asas menerusi bantuan kewangan. Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang terpilih. Pendaftaran melalui borang manual telah dibuka pada 13 Disember 2017.

Borang pendaftaran KISS boleh di download atau di muat turun dari Laman web www.kiss.com.my atau boleh diambil di lokasi berikut :-

  1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  3. Pusat Wanita Berdaya
  4. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis

Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON KISS

  1. SYARAT UTAMA : Berdaftar sebagai pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) dibawah kategori pendapatan bawah RM2,000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih
  2. Warganegara Malaysia; dan
  3. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun atau pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
  4. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/ tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
  5. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.

MANFAAT YANG DAPAT MELALUI KAD KISS

  1. Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
  2. Boleh diguna untuk membeli barangan asas di kedai serta pasaraya berdaftar
  3. Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
  4. Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
  5. Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
  6. Nilai Kad KISS akan ditambah sebanyak RM 200 pada setiap bulan secara automatik

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG BOLEH DIBELI MENGGUNAKAN KAD KISS

  1. Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah ratus
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Sayur-sayuran
  11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
  13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  14. Produk tenusu : susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  15. Barang sekolah – kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya

Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI KISS

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengena KISS, anda boleh menghubungi :-

No Telefon : 03.5525.6600

No Faks: 03.5525.6900

Emel : [email protected]

 

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Share209Send
Channel Telegram info bantuan kerajaan
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira

Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira – Panduan Memohon Bergambar

bsh fasa 3 dah masuk

BSH Fasa 3: Bayaran Sehingga RM 1,000 Sudah Mula Di Masukkan Hari Ini Bermula Dengan Bank BSN

Bayaran BPN masuk april

Bayaran BPN Masuk Secara Berperingkat Mulai April

Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

bangunan lhdn

Individu “Tiada Rekod” Bantuan Prihatin Nasional Sila Kemuka Permohonan Semula – LHDN

SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM)

SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM)

1
SAPS Guru

Semak Kedudukan Kelas Online Dengan SAPS NKRA

1
PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

0
SAPS Semakan Ibu Bapa

SAPS Semakan Ibu Bapa

0
Cara Login SAPS Ibu Bapa

Cara Login SAPS Ibu Bapa

0
PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

( COVID-19 TERKINI ) BERMULA AHAD 27 SEPTEMBER 2020 WAJIB KUARANTIN PULANG DARI SABAH

( COVID-19 TERKINI ) BERMULA AHAD 27 SEPTEMBER 2020 WAJIB KUARANTIN PULANG DARI SABAH

BERITA BAIK, BOLEH MENUNAIKAN UMRAH MULAI 4 OKTOBER 2020

BERITA BAIK, BOLEH MENUNAIKAN UMRAH MULAI 4 OKTOBER 2020

UOB KEPONG TUTUP SEHINGGA 5 OKTOBER 2020

STAFF POSITIF COVID-19 BANK UOB KEPONG TUTUP SEHINGGA 5 OKTOBER 2020

BANTUAN PRIHATIN 2.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH RM600 UNTUK SETIAP PEKERJA

BANTUAN PRIHATIN 2.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH RM600 UNTUK SETIAP PEKERJA

Digital Mukmin

Copyright © 2020 DigitalMukmin.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 3
  • Home 4
  • Home 5
  • Sample Page

Copyright © 2020 DigitalMukmin.

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Jom Bantu Share Artikel Ini
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • Total: 0