Kolej Komuniti | Digital Mukmin akan kongsikan kepada anda mengenai kolej komuniti termasuklah cara memohon bagi memudahkan anda semua
Institut Kemahiran Belia Negara juga merupakan pilihan yang terbaik untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selain daripada ke university. Sebagai contoh adalah kolej komuniti.
Untuk makluman anda, anda boleh menjimatkan kos dan masa jika anda belajar disini disamping anda akan menerima ilmu kemahiran.
Dibawah ini akan dikongsikan mengenai Kolej Komuniti seperti borang permohonan, tarikh penting serta cara memohon dan menghantar permohonan ke kolej komuniti. Setiap tahun terdapat tiga sesi kemasukan iaitu pada Mac, Julai dan November. Anda boleh memulakan pengajian mengikut persediaan anda.
Untuk pengetahuan anda, permohonan yang berkaitan university awam, politeknik, institut latihan kemahiran awal (ILKA) serta kolej komuniti perlu dilakukan secara atas talian melalui upu online.
CARA MOHON BORANG PERMOHONAN KOLEJ KOMUNITI 2019
1) terdapat tiga pengambilan setiap tahun : mac, julai dan November dan anda boleh memilih bulan berapa anda ingin mulakan.
2) Senarai kursus juga boleh dipilih samada :
- Sijil
- Sijil kemahiran Khas
- Diploma
- Kursus pendek
- Permohonan sepenuh masa
- Permohonan kursus pendek
- Permohonan eusahawan Desa
- Permohonan eRezeki
3) Jika ingin membaca syarat kemasukan anda boleh terus di semak di portal rasmi jpkk.edu.my
4) anda perlu dapatkan dan beli no pin bsn terlebih dahulu bagi menghantar borang permohonan secara online
5) Anda sudah boleh mula hantar borang permohonan online melalui jpkk.edu.my
6) selain melalui online, anda juga boleh terus datang secara walk in untuk mohon masuk ke pusat pengajian ini.
7) Jikalau anda ada sebarang pertanyaan dan masalah, anda boleh terus hubungi kakitangan untuk menjawab persoalan anda di nombor seperti di bawah ini :
- 03-88882633
- anda boleh hubungi mereka bermula 8 pagi sehingga 5 petang