Kolej Vokasional – Permohonan 2019 (MOE) – DigitalMukmin akan kongsikan panduan kepada lepasan tingkatan 3 mengenai Kolej Vokasional.
Pernahkah anda terfikir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran? Jika ya, ini merupakan berita yang anda tertunggu – tunggu. Kepada lepasan tingkatan tiga tahun 2019 yang akan menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), anda boleh memohon Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) secara atas talian (online) sahaja! Mudah bukan?
Kepada pelajar yang minat dan layak, anda dipelawa bagi memohon mana – mana program di KV dan juga SMT bagi ambilan Januari 2020. Tarikh muka permohonan pada tahun 2018 adalah 15 Oktober hingga 20 Disember.
PERMOHONAN KEMASUKAN KE KV DAN SMT AMBILAN JANUARI 2020 SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)
Dibawah ini pihak DIgitalMukmin akan kongsikan kepada lepasan Tingkatan 3, maklumat penting mengenai permohonan ke KV dan juga SMT secara atas talian (online). Anda dipelawa bagi memohon mana – mana program yang anda minat bagi ambilan 2020 pada tarikh seperti dibawah :-
Tarikh mula permohonan : akan dikemaskini
Tarikh tutup permohonan : akan dikemaskini
- Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)
– Di Kolej Vokasional KPM
- Aliran Teknikal
– terdapat 9 buah SMT di seluruh Malaysia
- Program Kemahiran di :-
– Kolej Vokasional
– WISDEC
– GIATMARA
LANGKAH – LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN KV DAN SMT SECARA ATAS TALIAN
Pemohon perlu melayari Applikasi Perrmohonan KV dan SMT 2020 di pautan dibawah :
https://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/index.cfm
Permohonan KV & SMT dilakukan berdasarkan kepada Aliran Murid Tingkatan 3 2019 seperti berikut:-
A. Murid Lepasan PBS
– 4 komponen PBS iaitu :
- Pentaksiran Pusat (PT3)
- Pentaksiran Sekolah (PS)
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
– Klik PBS untuk memohon
- Syarat Permohonan
- Institusi dan kursus yang ditawarkan
- Info Kursus
- Panduan Permohonan
- FAQ Permohonan
B. Murid Lepasan PAV
Terbuka kepada murid yang selesai mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu di SMK yang menawarkan PAV.
– Klik PAV untuk memohon
- Syarat Permohonan
- Senarai Institusi Dan Kursus Yang Ditawarkan
- Info Kursus yang ditawarkan
- FAQ mengenai permohonan
- Panduan Permohonan
- Murid Yang Bersekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM
– Klik Carta Alir Dan Borang Permohonan
NOTA PENTING MENGENAI PERMOHONAN
Dibawah ini merupakan maklumat penting yang anda sebagai pemohon perlu ambil perhatian. Pemohon perlu memasukkan kesemua maklumat yang diperlukan didalam borang permohonan secara atas talian (online).
- Sila isi semua bertanda *
- Rujuk Panduan bagi maklumat yang memerlukan rujukan untuk pengisian data
- Klik simpan dan pergi ke muka surat seterusnya.
- Sila buat semakan dan klik kemaskini untuk mengemaskini permohonan. Kemaskini permohonan dapat dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan.
- Cetak Permohonan untuk simpanan pemohon.
- Sila pastikan perisian Adobe Reader dipasang untuk mencetak borang permohonan atads talian (online).
SYARAT – SYARAT UMUM PERMOHONAN KV DAN SMT 2020
Berikut merupakan syarat umum permohonan kemasukan ke KV dan SMT 2019 sebagai rujukan :-
- Warganegara Malaysia;
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
- Murid telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) – ALIRAN PERDANA
- Calon mestilah murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan 3 Tahun 2018 – ALIRAN PAV
- Sihat tubuh badan
- Mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
- TIDAK RABUN WARNA atau BUTA WARNA
- Calon bebas daripada masalah mental ; dan
- Calon berminat dengan program dipohon
MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN KV DAN SMT
Jika anda membuat sebarang pertanyaan mahupun menghadapi sebarang masalah, anda boleh merujuk :-
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid
No telefon : 03-8000 8000, 03- 88845154 / 5094/ 5088 / 5067 / 5089)
SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE KV DAN SMT 2020
Menerusi FAQ permohonan, Calon boleh menyemak keputusan dalam laman rasmi KPM, di alamat http://www.moe.gov.my berdasarkan tarikh penting berikut :-
2020 : akan dikemaskini
2019 : 18 Januari 2019 sehingga 22 Januari 2019
TARIKH PENTING DAN MAKLUMAT SEMAKAN KEPUTUSAN KV
Pihak DigitalMukmin mensarakan agar pemohon sentiasa melayari laman web KPM bagi mengetahui info terkini yang akan dikemaskini dari masa ke masa. Bagi calon yang tidak Berjaya dan ingin membuat rayuan, anda boleh hadir atau menghubungi pihak institusi. Rayuan kemasukan adalah bergantung kepada syarat – syarat yang telah ditetapkan dan kekosongan tempat.