Aterosklerosis ialah keadaan dimana plak lemak dan kolesterol yang terkumpul menyebabkan pembuluh darah (arteri) menjadi sempit dan menganggu aliran darah ke jantung. Kesannya, ia akan menyebabkan iskemia. Apabila bekalan oksigen terhenti, maka penghidap boleh diserang serangan jantung dan akhirnya membawa kepada kematian.
Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa sekitar 9% atau 4000 dari 50 000 pesakit dirawat di hospital kerajaan meninggal akibat aterosklerosis pada tahun 2004 berbanding dengan kematian akibat kanser sebanyak 7%. Jumlah ini meningkat dari semasa ke semasa dan amat membimbangkan.
2 dari 3 orang dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan yang sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, masalah kolesterol dan diabetes.
Antara fakta tentang penyakit jantung adalah:
- Mengikut kajian, sebanyak 55% pesakit yang mendapat serangan jantung tidak sempat untuk sampai ke hospital
- Wanita umumnya memiliki paras HDL lebih tinggi berbanding lelaki dan mereka dilindungi oleh hormon sampai menopause. Para HDL dan risiko penyakit jantung mereka menjadi sama dengan lelaki setelah menopause.
- 10% hingga 15% pesakit mati walaupun sempat sampai ke hospital.
- Kolesterol LDL – di bawah 70 mg untuk pesakit yang mempunyai penyakit jantung. Tahap bawah 100 mg jika mempunyai faktor risiko penyakit kardiovaskular dan bawah 130 mg untuk orang normal dan tidak ada faktor risiko.
- Kajian menunjukkan, rakyat Malaysia yang mendapat serangan jantung adalah 5 tahun muda dari negara Thailand dan Singapura.
- Tahap kolesterol yang disarankan adalah di bawah 200 mg.
Jenis-Jenis Penyakit Jantung
Penyakit Jantung Kongenital
Penyakit jantung ini kebiasannya dilihat dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Kebiasaanya penyakit jantung kongenital berlaku disebabkan struktur anatomi jantung yang tidak lengkap atau gangguan dalam pengaliran darah masuk dan keluar jantung. Antara risiko berlakunya penyakit jantung ini adalah, pengambilan alkohol oleh ibu mengandung serta penyakit seperti jangkitan Rubella.

Penyakit Arteri Koronari (Coronary Artery Disease)
Penyakit ini merupakan penyakit jantung yang paling biasa dihadapi dalam kalangan rakyat Malaysia dan seluruh dunia. Ia berlaku akibat pengumpulan plak di dalam arteri koronari iaitu arteri yang menyalurkan darah dan oksigen kepada jantung yang menyebabkan kematian otot jantung dengan segera dan boleh membawa maut.
Penyakit Injap Jantung
Jantung kita mempunyai 4 ruang dan setiap ruang ini terpisah dengan injap yang berfungsi untuk mengelakkan darah mengalir semula ke ruang sebelumnya. Injap jantung boleh menjadi terlalu keras sehingga tidak terbuka sepenuhnya lalu menyukarkan aliran darah, atau menjadi lemah sehingga tidak tertutup sepenuhnya lalu menyebabkan darah mengalir ke belakang. Kedua-dua masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti jangkitan atau keradangan pada injap dan penuaan. Penyakit injap jantung yang tidak dirawat boleh menyebabkan kegagalan jantung.
ketahui punca dan cara mencengah penyakit jantung
Aritmia
Penyakit jantung aritmia berlaku apabila degupan jantung menjadi tidak teratur dan tidak sekata. Gangguan irama jantung ini boleh dikategorikan sama ada terlalu cepat (tachyaritmia) atau terlalu perlahan (bradyaritmia). Antara gejala penyakit aritmia ini ialah sesak nafas, jantung berdebar dan sakit dada.
Kegagalan Jantung
Kegagalan jantung boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan jantung atau organ lain. Antara punca yang menyumbang kepada kegagalan jantung termasuk, penyakit arteri koronari, aritmia dan tekanan darah tinggi. Masalah-masalah ini biasanya menyebabkan otot-otot jantung terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Lama kelamaan, otot-otot jantung ini akan menjadi tebal, atau lemah dan tidak dapat mengepan dengan baik lagi.