Baru-baru ini kerajaan mengumumkan bantuan e-Tunai sebanyak RM100 kepada semua orang dewasa di negara ini dengan pendapatan tahunan RM100,000 atau kurang.
Pengumuman ini dibuat semasa Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023.
Perdana Menteri menyatakan inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion ini akan memanfaatkan lebih 10 juta orang berumur 21 tahun ke atas (dewasa), termasuk kumpulan B40 dan M40.
Beliau berkata, inisiatif e-Tunai RM100 untuk golongan dewasa diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.
Apakah itu Bantuan eCash RM100?
Pemberian eTunai RM100 adalah inisiatif terbaharu yang diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan untuk kumpulan B40 dan M40 dengan pendapatan RM100,000 dan ke bawah.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan e-dompet, “e-Tunai Belia Rahmah” berjumlah RM200 untuk belia dan pelajar bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.
Bantuan ini tidak diberikan secara tunai, tetapi diberikan dalam bentuk kredit eWallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka yang akan diumumkan kemudian.
Artikel berkaitan : STR Fasa 4 Akan Dibayar Awal Dalam Fasa
Kriteria Kelayakan untuk Bantuan eTunai RM100
Pada masa ini syarat kelayakan adalah seperti berikut:
Malaysia; dan
Berumur 21 tahun ke atas
Pendapatan RM100,000 ke bawah
Syarat-syarat lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Jumlah Kredit Bantuan e-Tunai
Jumlah kredit bantuan seperti yang diumumkan ialah RM100.
Bantuan yang diberikan bukan secara tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah, sebaliknya diberikan dalam bentuk kredit e-dompet seperti e-Tunai Belia Rahmah.
Tarikh Perlaksanaan Bantuan e-Tunai RM100
Dalam catatan di Facebook, Kementerian Kewangan mengumumkan ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.