Kurangkan minum kopi ketika bersahur, kenapa ye ?

 

Terlalu ramai daripada kita gemar minum segelas kopi pada waktu pagi kerana ia mampu menjadi tenaga untuk mengharungi hari yang panjang di pejabat.

Bagaimanapun, sepanjang bulan Ramadan, tabiat minum kopi itu tetap diteruskan ketika waktu sahur meskipun sebenarnya ia adalah tindakan yang mampu mengganggu proses berpuasa.

Orang yang berpuasa sebaik-baiknya perlu menghindari minum kopi atau minuman berkafein yang lain seperti teh, air cokelat dan air berkarbonat kerana ia bersifat diuretik.

Pengambilan kafein seperti kopi ketika bersahur akan menyebabkan seseorang kerap kencing selain membuatkan mulut berasa kering dan dahaga dan akan menyebabkan seseorang mudah berasa dahaga.

Sebaik-baiknya, minum air putih secukupnya selain mengambil makanan yang sesuai ketika bersahur seperti oat, kurma, anggur, timun, tembikai dan sebagainya.

Makan ketika waktu sahur bukan sahaja banyak keberkatan tetapi ia sebagai persiapan bagi memastikan tubuh dapat bertahan sepanjang tempoh berpuasa.

Atas sebab itu, makanan dan minuman yang diambil sangat penting agar ia dapat memberi tenaga dan bukannya dibazirkan begitu sahaja sehingga menjejaskan puasa.

Mengubah rutin minum kopi bukan perkara mudah dan boleh menyebabkan seseorang mengalami penarikan kafein dengan gejala seperti sukar fokus, sakit kepala, mudah mengantuk dan tertekan.

Sebagai alternatif, gantikan dengan kopi yang mempunyai kadar kafein lebih rendah seperti teh herbal, chamomile, teh rempah dan sebagainya.

So elakkan ye guys …


Jom Bantu Share Artikel Ini
×