KWSP Boleh Dikeluarkan Sebelum Aidilfitri

Pencarum KWSP boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka sebelum Hari Raya.

Lebih 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) layak untuk mendapat manfaat Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP.

Baca Juga : Bantuan AidilFitri RM700 Masuk Hari Ini

Ini adalah dengan membuat cagaran pinjaman RM3,000 hingga RM50,000 daripada institusi perbankan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Dewan Negara menegaskan bagi skim ini, institusi perbankan juga menyediakan kemudahan pembiayaan patuh Syariah yang tidak melibatkan sebarang unsur riba.

Join Group Whataspp

4 juta pencarum KWSP akan mendapat manfaat

Kemudahan itu akan memberi manfaat kepada lebih 4 juta ahli KWSP yang layak berumur di bawah 55 tahun. Kadar faedah (Konvensional) atau margin keuntungan (Islam) yang dikenakan oleh institusi perbankan dijangka antara 4% dan 5% setahun. Kadar faedah ini jauh lebih rendah daripada kadar faedah pasaran semasa iaitu kira-kira 8% hingga 15% dalam pasaran pembiayaan peribadi institusi perbankan.

Pencarum KWSP boleh mengeluarkan RM3,000 – RM50,000

Pada masa yang sama, jumlah pembiayaan minimum RM3,000 dan maksimum RM50,000 bergantung kepada baki simpanan Akaun 2 KWSP.

Dan terma dan syarat akan ditetapkan oleh pihak bank. Oleh kerana jumlah caruman dalam Akaun 2 adalah untuk sokongan sahaja, dana ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Jelasnya lagi, setakat 31 Januari 2023, terdapat 1.89 juta ahli berumur 40 tahun ke bawah 55 tahun atau 38% daripada deposit akaun 1 adalah RM10,000 dan ke bawah. Itulah sebabnya penting untuk membina semula simpanan untuk golongan ini supaya mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk hari tua.

Cara Membuat Cagaran KWSP

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang berkenaan. Berikut ialah cara memohon FSA2;

  1. Pemohon yang merupakan ahli KWSP hendaklah menjalankan semakan awal kelayakan FSA2 hanya di portal rasmi KWSP dan portal rasmi institusi perbankan yang tersenarai sahaja.
  2. Anda mesti bersetuju dengan semua terma dan syarat yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan ini di portal rasmi institusi perbankan.
  3. Permohonan pengeluaran awal bersyarat hendaklah dibuat kepada KWSP melalui portal rasmi institusi perbankan berdasarkan jumlah pembiayaan yang diluluskan oleh bank.

Info Lanjut rujuk sini.

Rakyat Perlukan Pengeluaran Kerana Terdesak

Pengeluaran semasa wabak pandemik yang dilaksanakan sebelum ini sememangnya diperlukan segera, dan semua orang memahaminya. Kini, adalah tidak wajar untuk membenarkan pengeluaran khas daripada tabung simpanan persaraan rakyat. Negara seperti Australia, Peru dan Chile membenarkan pengeluaran simpanan persaraan pada 2020 dan 2021, yang telah dihentikan tahun lepas.

Seeloknya, simpanan dulu duit tabungan hari tua untuk manfaat masa depan anda.

Jom Bantu Share Artikel Ini
×