Pandemik COVID-19 sudah lebih setahun melanda negara ini, turut membuka pelbagai kemungkinan termasuk isu kesihatan mental yang selama ini membawa stigma atau tabu untuk dibincangkan dalam masyarakat. Malah, individu berdepan isu kesihatan mental sering dianggap mengada-ngada dan lemah apabila mereka menyuarakan keadaan kesihatan masing-masing.
Tip Menjaga Kesihatan Mental
Seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental juga perlu dijaga, untuk menjamin kesejahteraan pada masa depan. Antara tip yang boleh dikongsikan ialah:
SENAMAN
Pertama, penjagaan kesihatan mental boleh dikekalkan dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kesihatan fizikal amat berkait rapat dengan penjagaan mental. Badan yang sihat dapat mengekalkan kesihatan mental yang baik serta dapat mengelakkan stress dan tekanan. Hal ini demikian kerana, dengan melakukan beberapa regangan badan dan senaman ringan ianya dapat membantu badan untuk merembeskan ‘hormon gembira’ atau juga dikenali sebagai Dopamine yang terhasil melalui senaman yang mengeluarkan peluh. Melalui senaman,minda juga akan berasa lebih cerdas dan cergas sekaligus dapat mengekalkan kesihatan mental yang stabil.
- Kesihatan fizikal dan mental itu berkait rapat. Badan yang sihat dapat membina minda yang sihat, dan sebaliknya.
- Aktiviti bersenam tidak semestinya perlu ke gimnasium. Boleh sahaja aktiviti di ladang, mendaki tangga, bermain bola, melayan anak-anak dan pelbagai lagi.
MAKANAN
Selain itu, setiap individu juga boleh mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Pemakanan seharian seseorang itu amat mempengaruhi kesihatan mental dan juga kesihatan fizikal. Pemakanan yang sihat perlu dititikberatkan oleh setiap individu kerana pemakanan mempengaruhi emosi. Langkah yang paling mudah untuk penjagaan mental adalah dengan memastikan pengambilan air sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. Selain itu, sumber-sumber protein seperti kekacang, ikan, telur dan daging perlu dimasukkan dalam diet setiap individu. Seterusnya adalah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi.
- Fizikal dan minda itu saling berkaitan.
- Pemakanan yang sihat akan membawa kepada kesihatan fizikal dan kesihatan mental.
SEIMBANG
Konklusinya, kesihatan mental tidak boleh dipandang remeh dan dipinggirkan kerana ia dapat mempengaruhi kehidupan sesorang. Kesedaran tentang penjagaan kesihatan mental perlu dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat. Kesedaran ini dapat membuka minda msyarakat tentang manfaat kesihatan mental yang stabil. Oleh itu, setiap inidividu perlulah mengamalkan tips penjagaan kesihatan mental bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan sihat dan sempurna.
- Stress itu pasti, dan tidak dapat dihilangkan. Ianya penting untuk kita mendapat ‘drive force’. Sebab itu, penting untuk KAWAL. Stress yang terkawal dapat membantu kita mempunyai hidup yang seimbang.
- Keluar daripada kesibukan dunia, stress seharian, dan nimatilah masa seronok tersebut. Alang-alang, dapat tingkatkan hormon gembira, dan tambah baik imuniti badan, betul tak?
BANTUAN
Di samping itu, kesihatan mental juga bole dijaga dengan meminta bantuan dengan terdekat seperti keluarga dan rakan-rakan. Seseorang itu juga boleh meluahkan perasan kepada orang yang dipercayai bagi mengurangkan tekanan atau kesedihan yang berkemungkinan dapat mempengaruhi kesihatan mental. Selain itu pada mengurangkan tekanan, seseorang individu juga dapat memperoleh pendapat atau pandangan unutuk menangani sebarang pemasalah dan mengurangkan bebanan yang dialami. Selain itu, meminta bantuan daripada pakar kesihatan mental juga adalah langkah untuk penjagaan mental bagi mendapatkan rawatan lanjut bagi mendapatkan nasihat dan tips bagi penjagaan mental yang sempurna.
- Ia dipanggil “Mental Illness”, dan bukan “Mental Weakness.”
- Bukan salah atau kelemahan anda sekiranya mempunyai sesebuah penyakit mental. Ia juga bukan berkait dengan lemahnya iman seseorang.
- Seperti mana-mana penyakit fizikal, penyakit mental juga perlu dititikberatkan kepentingannya, dan ia bukan bermaksud “Gila”, “Sewel” atau “Dirasuk”.
- Tiada apa yang perlu dimalukan untuk meminta bantuan yang lebih pakar dalam hal kesihatan mental. Kita tak malu untuk jumpa doktor ketika kita demam, kan? Maka ini perkara yang sama.