Lockdown / Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan merupakan salah satu cara bagi memutuskan rantaian wabak COVID 19 yang sedang menyerang di seluruh dunia pada saat ini . Dalam masa dua minggu perintah kawalan ini, operasi yang dibuka diterhadkan kepada perkhidmatan asasi atau essential services bagi menyekat penyebaran virus ini
Usah khuatir dan jangan panik, mari kita sama-sama membanteras wabak ini dengan duduk di rumah! Beberapa hari sudah pun berlalu tanpa kita sedari, akan tetapi melalui fasa ini pasti akan membuat anda tidak keruan. Lakukan aktiviti yang bermanfaat bersama isteri dan anak-anak di rumah semasa PKP dilaksanakan. Memasak bersama anak-anak juga antara aktiviti yang boleh dilakukan ketika PKP.
Banyak Lagi Aktiviti Bersama Keluarga Yang Dapat Dilakukan Semasa PKP Walaupun Di Dalam Rumah, Antaranya:
- Keluarkan permainan papan anda. Ini masanya nak keluarkan kembali permainan papan.
- Buat suatu diari bagi tujuan mencatat aktiviti harian anda sekeluarga.
- Ini masanya untuk anda membuat kek atau biskut! Mana tahu, jika hasilnya enak, anda mungkin dapat menjana pendapatan baharu.
- Belajar untuk membuat penyediaan makanan awal. Ini sangat berguna bagi yang harus bekerja dari rumah kerana ia menjimatkan masa ketika perlu menyediakan makan tengah hari.
- Adakan malam menonton filem di rumah. Setiap malam, satu orang daripada ahli keluarga anda dapat memilih satu filem untuk ditonton.
- Aktiviti menonton filem juga menyeronokkan.
- Jika anda belum pernah mencuba, apa lagi, ayuh bersenam di rumah.
- Lakukan countdown dan perkara-perkara yang produktif bagi hari-hari yang akan datang.
- Bantu anak-anak anda dengan kerja sekolah mereka.
- Berteka-teki atau bina sesuatu dari bahan-bahan lego.
- Kemaskan rumah anda. Selongkar barangan tidak terpakai anda dan ketepikannya bagi pemberian bantuan kebajikan.
- Lakukan kerja-kerja rumah bersama ahli keluarga.
- Hiaskan rumah anda.
- Berkelah atau berkhemah di laman rumah.
- Adakan panggilan video bersama rakan-rakan atau saudara mara anda! Jarak bersosial tidak bermakna anda tidak bersosial.
- Mulakan aktiviti berkebun di rumah.
- Karaoke juga menyeronokkan.
- Cipta satu filem keluarga di rumah.
- Reka satu peta bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati setelah tamat tempoh PKP ini.
- Karaoke di rumah!
Lakukan aktiviti-aktiviti ini bagi mengisi masa lapang anda di rumah sepanjang melalui tempoh sukar ini. Dengan ini, anda dan anak-anak boleh menghindari diri dari keinginan untuk keluar bersiar. Tambahan pula, anda dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga anda dan mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga yang mungkin sedikit renggang kerana kerja.