• Home
  • Panduan
  • Informasi
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Petua
  • SAPS
Sunday, January 17, 2021
Digital Mukmin
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Digital Mukmin
No Result
View All Result
Home Informasi

Makanan Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes

by Fyqa Azahar
September 1, 2020
in Informasi
2 min read
0
Makanan Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes
632
SHARES
1.8k
VIEWS
Share on Facebook

Makanan Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes – Jika anda baru sahaja disahkan mempunyai penyakit diabetes, mungkin anda sedang mencari menu makanan yang anda boleh makan supaya pemakanan harian anda terkawal dan tidak akan menganggu kesihatan anda.

Digitalmukmin.com akan kongsikan kepada anda contoh menu yang boleh diambil oleh pesakit diabetes dan juga nutrisi yang perlu ada didalam sesuatu menu makanan pesakit tersebut. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini supaya ianya bermanfaat kepada orang lain.

Nutrisi Yang Perlu Ada Didalam Menu Pesakit Diabetes

Pengambilan jenis serta jumlah makanan oleh pesakit diabetes sememangnya perlu dikawal dan diberi perhatian. Ini kerana ia boleh mempengaruhi dan memberi kesan mendadak pada paras gula darah pesakit ini. Namun, ia tidak bermakna mereka boleh mengabaikan sebarang pengambilan nutrisi penting untuk tubuh mereka.

Berikut adalah jenis dan amaun nutrisi yang perlu diambil oleh seorang pesakit diabetes dalam pemakanan mereka.

1. Karbohidrat

Walaupun karbohidrat sering dikaitkan dengan peningkatan paras gula darah, namun ia haruslah diambil oleh pesakit diabetes. Hal ini kerana, karbo sangat penting sebagai sumber tenaga utama untuk tubuh badan manusia.

Pengambilan karbohidrat bagi pesakit diabetes adalah antara 46 hingga 65% daripada pengambilan kalori keseluruhan harian. Untuk jenis karbohidrat yang disarankan, pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan serat seperti beras perang dan pengambilannya mestilah tidak kurang daripada 130 gram setiap hari.

2. Lemak

Bagi kandungan lemak, mereka yang menghidap diabetes disarankan untuk mengambil sebanyak 20 hingga 25% kandungannya daripada keseluruhan jumlah kalori yang diambil.

Jangan sesekali makan lebih 30% daripada jumlah lemak yang diambil. Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans seperti daging yang berlemak untuk mencegah risiko penyakit lain seperti penyakit jantung.

3. Protein

Pesakit diabetes juga perlu mengambil sumber protein bagi menyokong kesihatan sel-sel tubuh. Untuk pesakit diabetes, mereka memerlukan sebanyak 10 hingga 20% protein daripada keseluruhan jumlah kalori yang diambil.

Jenis makanan berprotein yang disarankan ialah seperti ikan, udang, daging tanpa lemak, produk tenusu rendah atau tanpa lemak atau kekacang seperti kacang soya.

4. Garam

Makanan Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes

Garam berfungsi mengawal keseimbangan elektrolit selain menyokong fungsi saraf pada tubuh manusia. Oleh sebab itu, anda mesti mengambil garam dalam makanan tetapi dengan jumlah yang terkawal. Jumlah pengambilan garam yang dicadangkan ialah tidak kurang daripada 2,000 miligram setiap hari.

5. Serat

Pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil jenis makanan yang tinggi dengan kandungan serat seperti beras perang selain daripada sumber buah-buahan, kekacang dan juga sayur-sayuran.

Mereka juga disarankan untuk mengambil sebanyak 20-35 gram serat setiap hari daripada pelbagai sumber makanan. Makanan yang tinggi serat membantu pesakit diabetes untuk berasa kenyang dengan lebih lama.

Contoh Menu Makanan Untuk Diabetes

Dibawah ini disenaraikan beberapa menu makanan yang sesuai untuk pesakit Diabetes yang mana merangkumi hidangan bagi sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam.

Contoh menu makanan untuk diabetes 1

1. Sarapan pagi

200 gram nasi (sekitar 1 cawan setengah)
1 biji telur dadar
20 gram sayur seperti kacang panjang
Sup labu
Buah tembikai susu

2. Makan tengah hari

200 gram nasi
1 potong ikan sekitar 40 gram
2 potong tempe sekitar 50 gram
1 mangkuk sup sayur
Buah nanas

3. Makan malam

200 gram nasi
1 potong ayam goreng sekitar 40 gram
Sayur cendawan goreng bersama tauhu sekitar 110 gram
1 mangkuk sayur bayam
Buah betik

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Share253Send
Channel Telegram info bantuan kerajaan
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira

Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira – Panduan Memohon Bergambar

bsh fasa 3 dah masuk

BSH Fasa 3: Bayaran Sehingga RM 1,000 Sudah Mula Di Masukkan Hari Ini Bermula Dengan Bank BSN

Bayaran BPN masuk april

Bayaran BPN Masuk Secara Berperingkat Mulai April

Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

bangunan lhdn

Individu “Tiada Rekod” Bantuan Prihatin Nasional Sila Kemuka Permohonan Semula – LHDN

SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM)

SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM)

1
SAPS Guru

Semak Kedudukan Kelas Online Dengan SAPS NKRA

1
PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

0
SAPS Semakan Ibu Bapa

SAPS Semakan Ibu Bapa

0
Cara Login SAPS Ibu Bapa

Cara Login SAPS Ibu Bapa

0
PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

( COVID-19 TERKINI ) BERMULA AHAD 27 SEPTEMBER 2020 WAJIB KUARANTIN PULANG DARI SABAH

( COVID-19 TERKINI ) BERMULA AHAD 27 SEPTEMBER 2020 WAJIB KUARANTIN PULANG DARI SABAH

BERITA BAIK, BOLEH MENUNAIKAN UMRAH MULAI 4 OKTOBER 2020

BERITA BAIK, BOLEH MENUNAIKAN UMRAH MULAI 4 OKTOBER 2020

UOB KEPONG TUTUP SEHINGGA 5 OKTOBER 2020

STAFF POSITIF COVID-19 BANK UOB KEPONG TUTUP SEHINGGA 5 OKTOBER 2020

BANTUAN PRIHATIN 2.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH RM600 UNTUK SETIAP PEKERJA

BANTUAN PRIHATIN 2.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH RM600 UNTUK SETIAP PEKERJA

Digital Mukmin

Copyright © 2020 DigitalMukmin.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 3
  • Home 4
  • Home 5
  • Sample Page

Copyright © 2020 DigitalMukmin.

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Jom Bantu Share Artikel Ini
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • Total: 0