Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

“Malaysia kalah & perlu tanggung disebabkan salah beri penalti!! ” – Sato dikritik.

by Ms Admin Wani
June 12, 2021
in Informasi, Panduan
Reading Time: 3 mins read
0
"Malaysia kalah & perlu tanggung disebabkan salah beri penalti!! "

Skuad Harimau Malaya tidak bernasib baik apabila tewas 2-1 kepada Vietnam gara-gara sepakan penalti kurang 10 minit sebelum perlawanan berakhir. Kekalahan kepada skuad Naga Emas itu menyaksikan Harimau Malaya gagal dalam misi untuk sekurang-kurangnya berada di tangga kedua Kumpulan G apabila kekal berada di tangga keempat Kumpulan G dengan sembilan mata.

PROMO - Unlimited Free Shipping dekat Shopee, rugi kalau tak guna shopee -> https://shope.ee/4pify0AhKC

"Malaysia kalah dan perlu tanggung disebabkan salah beri penalti!! "

Vietnam pula gah di tangga teratas dengan merekodkan 17 mata – berkelebihan dua mata meninggalkan pencabar terdekat, Emiriah Arab Bersatu (UAE) manakala Thailand kekal menghuni tangga ketiga dengan sembilan mata. Indonesia yang merupakan satu-satunya pasukan yang selesai mengharungi lapan perlawanan peringkat Kumpulan G terperosok di tangga tercorot apabila sekadar mengutip satu mata.

Dalam pertemuan menentang Vietnam, Harimau Malaya bermula garang sebaik wisel permulaan dibunyikan pengadil perlawanan dari Jepun, Ryji Sato.Bagaimanapun, Vietnam terlebih dulu berjaya membuka tirai jaringan menerusi tandukan Nguyem Tien Linh pada minit ke-27 – hasil satu sepakan sudut.

Pada penghujung babak pertama, Harimau Malaya berpeluang menyamakan kedudukan menerusi tandukan Syafiq Ahmad, namun percubaannya itu berjaya dinafikan penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong. Sebaik bersambung babak kedua, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe membuat dua pertukaran – Nazmi Faiz Mansor dan Akhyar Rashid masuk menggantikan Syafiq dan Safawi Rasid.

Bagi menambah sengat di barisan serangan, Cheng Hoe membawa masuk pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi bagi menggantikan Mohamadou Sumareh pada minit ke-61. Ternyata kemasukan pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berjaya mengubah tempo permainan Harimau Malaya dalam melancarkan asakan ke kubu Vietnam.

Hasilnya, Harimau Malaya berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi sepakan penalti Guilherme de Paula pada minit ke-73. Sepakan penalti itu berpunca selepas de Paula dikasari pertahanan Vietnam, Doan Van Han dalam kawasan penalti.

Cheng Hoe membuat pertukaran keempat apabila mengeluarkan pemain tengah, Syamer Kutty Abba dan memasukkan tonggak naturalisasi, Liridon Krasniqi pada minit ke-76 bagi memburu gol kedua. Sebaliknya, Vietnam pula yang memperoleh gol kemenangan apabila kapten, Que Ngoc Hai menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-83.

Bagaimanapun, sepakan penalti itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan Harimau Malaya apabila pemain Vietnam, Nguyen Van Taon didakwa sengaja merebahkan badannya. Sementara itu, UAE tidak menghadapi masalah meraih tiga mata berharga selepas membenam Indonesia 5-0 di Stadium Zabeel dalam satu lagi aksi Kumpulan G awal pagi tadi.

Hal ini kerana rata-rata penyokong Harimau Malaya tidak berpuas hati pengadil terbabit menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika perlawanan berbaki 10 minit sekali gus menyebabkan pasukan kebangsaan gagal membawa pulang sebarang mata.

Sato adalah pengadil utama yang mengadili perlawanan Malaysia menentang Vietnam dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, sebentar tadi. Sekitar pada pkul 3.15 pagi menyaksikan lebih dari 35k netizen daripada Malaysia meninggalkan komen negatif dan rasa tidak puas hati di gambar milik Sato di instagramnya.

"Malaysia kalah dan perlu tanggung disebabkan salah beri penalti!! "

Jelas sekali, penyokong Malaysia tidak berpuas hati apabila sepakan penalti tidak sepatutnya diberikan kepada Vietnam berikutan tiada sentuhan daripada tonggak Harimau Malaya Brendan Gan hingga menyebabkan pemain Naga Emas Nguyen Van Toan jatuh di dalam kotak penalti.

Penyokong Malaysia mahu pengadil berkenaan bertanggungjawab terhadap kekalahan Malaysia hingga menutup peluang untuk melangkah ke pusingan seterusnya Kelayakan Piala Dunia 2022.

“Lain kali tengok betul reff..video tunjuk tak kena pun kaki..Malaysia kalah dan perlu tanggung sebab salah beri penalti,” katanya.

"Malaysia kalah dan perlu tanggung disebabkan salah beri penalti!! "

“Husnuzon jela…ref nie mungkin dia ngantuk dan berapa hari tak tidur tu yang jadi buta sekejap,” katanya.

Ada juga yang memohon agar pihak atasan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas ketidakadilan ref tersebut dan meminta untuk mengadakan perlawanan ulangan bagi mecapai markah yang betul dan adil. Tetapi kita harus akur terhadap keputusan yang sudah di ambil selepas tamatnya perlawan . Walau bagaimanapun,  Malaysia bakal mengakhiri saingan Kumpulan G menentang Thailand di Stadium Al Maktoum pada 16 Jun ini. Pertembungan itu bakal menjadi penentu dalam misi Harimau Malaya memburu aksi playoff ke pusingan akhir Piala Asia 2023. Teruskan menyokong Harimau Malaya untuk game selanjutnya!! Jangan risau semua mungkin tiada rezeki kita untuk kali ini. InsyaAllah ,akan datang ada rezeki untuk Harimau Malaya. Chaiyokkkkk!!!!!

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Channel Telegram info bantuan kerajaan

Related Posts

Bantuan Tunai Kerajaan RM350 Untuk B40 Dikreditkan Setiap Bulan - Permohonan Dibuka
Bantuan Kerajaan

Bantuan Tunai Kerajaan RM350 Untuk B40 Dikreditkan Setiap Bulan – Permohonan Dibuka

0
Bantuan RM100 Telah Dikreditkan
Bantuan Kerajaan

Bantuan RM100 Telah Dikreditkan Dalam Akaun Penerima

0
BWE : Pemberian Bantuan RM500 Sebulan Untuk B40
Bantuan Kerajaan

BWE : Pemberian Bantuan RM500 Sebulan Untuk B40

0
Tarikh Pembayaran Pencen Bulan November 2023
Bantuan Kerajaan

Tarikh Pembayaran Pencen Bulan November 2023

0
No Result
View All Result

Recent Posts

  • TERKINI : Jadual Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Bank Penerima Bermula Pada Hari Ini
  • Pihak KWSP Umum Berita Gembira Untuk Semua Pencarum
  • e-Madani RM100 Tuntut Disini
  • Bantuan Tambahan STR Fasa 4 RM600 Dikreditkan Bermula Hari Ini
  • STR 2024 : Tarikh Permohonan & Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1
  • TERKINI : Permohonan Bantuan Khas RM300 Sebulan Untuk Golongan ( B40 )
  • Bantuan Tunai RM2,700 Secara One-Off Akan Diberi Kepada Kategori B40, Ini Adalah Maklumat Penuh & Syarat Kelayakan
  • Kerajaan Setuju Beri Bantuan RM700 Tanpa Perlu Permohonan
  • Jadual Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Bank Penerima Bermula Hari Ini
  • Bantuan Tambahan Khas RM200 Untuk Bujang Seluruh Malaysia ! : Semak Sekarang
  • Rasmi : Bantuan RM100 Kini Telah Dikreditkan Kedalam Akaun Penerima
  • TERKINI : Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibuka Pada Tahun 2024
  • MY STR 2024 : Kadar Bayaran Fasa 1 Mengikut Kategori Penerima – Semak Sekarang
  • Ini Adalah Bayaran Fasa 1 STR 2024 – Semakan Kategori, Jumlah & Tarikh Bayaran
  • RM1000 Tambahan Buat Penerima STR Fasa 4

Categories

  • Agama
  • Bantuan Kerajaan
  • Informasi
  • Isu Semasa
  • Jawatan Kosong Kerajaan
  • KWSP
  • Panduan
  • Pelik Tapi Benar
  • Petua
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Uncategorized
  • Ustaz Azhar Idrus Ustazazhar.net
No Result
View All Result
  • (BKM) Tambahan RM500 Bagi Yang Layak ~ Semak Sini Segera !
  • KWSP – Pengeluran Khas Sempena AidilAdha RM10,000 Sehingga RM30,000
  • Privacy Policy

Copyright © 2023 DigitalMukmin.

×